25 Jun 2014

Kenyataan dalam blog ini adalah jawapan Tan Sri Dato Hamid Albar Pengerusi SPAD.

http://thechulan.blogspot.com/
Kenyataan dalam blog ini adalah jawapan Tan Sri Dato Hamid Albar Pengerusi SPAD.

Mengambil kira pandangan pegawai keretapi!

KOMEN RUM

RUM nak tau pegawai keretapi mana yang mengatakan bahawa landasan perlu ditutup, apakah benar kenyataan ini.

Sumber RUM mengatakan bahawa beberapa option diberikan untuk membaikpulih landasan berkenaan iaitu:-

1. Membaikpulih dengan menutup terus landasan ialah akan mengambil masa selama 24 bulan.

2. Membaikpulih dengan menutup landasan selama 12 jam (line block) ialah 30 bulan.

3. Membaikpulih dengan menutup landasan selama 5 jam (line block) ialah 36 bulan.

Bermaksud expertise KTMB memberi 3 option kepada SPAD dalam membaikpulih iaitu pilih 1 atau 2 atau 3.

Bermakna option 2 atau 3 adalah option yang munasabah untuk tidak menutup landasan sebalik tren boleh dioperasi kan.
Maka mana relevannya kenyataan Tan Sri Dato Hamid Albar, Pengerusi SPAD mengatakan bahawa penutupan landasan ini perlu bagi mengelakkan kemalangan jiwa.

Tan Sri Dato Pengerusi SPAD tolong menilai balik penutupan, kerana option ada, bukannya membuat tindakan drastik.

Baca Aturan Peraturan dan SOP Urusan Jalan bahawa ada ruang untuk menjalankan operasi tren.

Kalau tak... cuba bertanya dengan pakar - pakar keretapi iaitu mantan-mantan expertise KTMB, samada penutupan ini perlu.

Lagi satu suka RUM nasihatkan SPAD, bahawa kajilah sedalam - dalamnya, jangan buat keputusan melulu.

Baca kenyataan RUM sebelum ini, melalui persoalan.

RUM bersedia bersemuka dengan mana-mana Pegawai SPAD termasuk Tan Sri Datuk Hamid Albar mengenai perkara ini.

Untuk makluman, tiada seorang pun dari pihak KTMB maupun SPAD memaklumkan penutupan ini, sebaliknya mendapat maklumat dari sumber RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB