17 Jun 2014

KEJUTAN 1 PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG - GEMAS KEBANGANGAN SPAD

Apa yang dilakukan oleh SPAD kononnya menutup operasi gemas - gua musang kononnya landasan dikatakan tidak selamat.

Pihak KTMB telah pun menurunkan had kelajuan dari 90 kmj kepada 50kmj bagi memastikan tren yang dilarikan Selamat.

Tindakan SPAD sendiri tidak memahami dasar keretapi yang dinamakan perkhidmatan sosial.

Pihak SPAD sepatutnya membenarkan operasi dijalankan secara satu tempoh iaitu maksima 20jam untuk beroperasi atau secara minima 12jam, baki jam selebihnya untuk membaikpulih, ini membolehkan operasi diteruskan. Ianya pernah dilaksanakan ketika proses menyiapkan projek landasan berkembar.

Difahamkan pihak kerajaan telah pun meluluskan peruntukan RM 400juta untuk baik pulih landasan berkenaan.

Tindakan SPAD bukan sahaja menimbulkan implikasi kepada KTMB, pekerja malah rakyat yang menggunakan perkhidmatan tren ke pantai timur apatah lagi menjelang Aidil Fitri.

Inilah masalah bila SPAD dapat kuasa kononnya transformasi, transformasi tahi kucing namanya.

Projek RM 400 juta di bawah Kementerian Pengangkutan, agaknya.... andaian RUM ialah SPAD tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pemberian projek, agaknya tak puas hati kuasa pemberian projek masih di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

Salah satu perancangan SPAD kini ialah inginkan kuasa tanah keretapi di bawah bidang kuasa Perbadanan Aset Keretapi yang juga di bawah Kementerian Pengangkutan dipindahkan kepada SPAD.

SPAD ni dah lama RUM pantau, makin hari makin mengarut.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB