14 Jun 2014

Petikan kenyataan Tun Daim

Petikan kenyataan Tun Daim

Antara beberapa perkara yang perlu dalam plan pemulihan MAS.

Menarik ungkapannya ialah:-

1. Kakitangan ramai
2. Kesatuan terlalu kuat
3. Insentif banyak yang menarik

RUM tidak mahu mengulas mengenai MAS walaupun sebagai gabungan MTUC dan ITF, RUM boleh mengulas, apa yang nak diperkatakan ialah kaitan maksud sedemikian dengan KTMB.

Di KTMB suka RUM jelaskan mengenai 3 perkara yang mungkin boleh dikaitkan dengan plan pemulihan KTMB :-

1. Kakitangan yang ramai?

RUM suka jelaskan bahawa kakitangan KTMB kurang lebih 5700.00 pekerja dibandingkan sebelum penswastaan iaitu pada 1.8.1992 seramai 8800 pekerja. Bermaksud penswastaan ini berjaya mengurangkan kakitangan KTMB sehingga pada dasarnya keperluan kakitangan pada masa ini adalah kurang dari skop keperluan kerja, maka di KTMB sekiranya ingin mengatakan bahawa kakitangan KTMB yang ramai adalah meleset sekali.

2. Kesatuan yang terlalu kuat.

Kesatuan mesti terlalu kuat, kalau tak kuat, kami akan diperkotak - katikan, kami akan dipandang rendah malah kami boleh jadi mangsa penganiayaan, faedah kami tidak memadai, malah faedah yang ada akan ditarik balik. Prinsip Kesatuan mesti kuat bukan bermakna menentang yang benar, tapi menentang penganiayaan. Tambahan sistem kapitalis kini mula bermaharajalela. 

3. Insentif banyak yang menarik.

Kalaulah KTMB dikatakan oleh Tun Daim, memang teruk Tun Daim kene belasah, sayangnya ia mengatakan MAS, namun demikian RUM suka kaitkan andainya KTMB, selepas penswastaan.

Pada dasarnya kami tidak berminat dengan penswastaan, tapi akur dengan kehendak kerajaan ketika itu selain jaminan bahawa penswastaan lebih baik dari skim kerajaan.

Apa yang berlaku kini ialah insentif yang diterima kini berbanding penjawat awam kami di KTMB jauh ketinggalan, itu belum lagi kalau dikaji dengan kadar pasaran yang "take home pay" adalah rendah.

Justeru itu andai ada pihak yang cuba mengatakan 3 perkara itu mengenai KTMB, RUM sedia berdebat.

Apakah punca kegagalan KTMB? bagaimana plan pemulihan KTMB?

Nantilah bila RUM rajin, RUM akan menulis lagi.

Cuma nak diperkatakan, kalau MAS pun sebenarnya lebih kurang KTMB, kami sama - sama terlibat dengan penswastaan, maka masalahnya lebih kurang sama, cuma janganlah gunakan pendekatan 3 perkara berkenaan, sifat ini lebih berunsur pemikiran "kapitalis".

*TUN DAIM ingat tak lagi pertemuan dengan RUM tuntutan ex - gratia pada tahun 2000, Tun Daim ketika itu Menteri Kewangan, apa yang telah Tun ucapkan pada RUM?

Kami tak pernah lupa!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • KTMB Terus Berjaya TAHNIAH Satu lagi kejayaan KTMB Daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB … Read More
  • FLASHMOB Awat masa 6000 Pekerja Mas di tamatkan perkhidmatan kumpulan ni tak buat flashmob? Tau ke pekerja MAS ada anak juga belajar ke Universiti? Kalau terjadi apa2 kepada pekerja KTMB macam pekerja MAS, kumpulan ni nak bagi … Read More
  • FLASHMOB (HERO KONON) Perjuangan RUM adalah untuk Pekerja KTMB dan memastikan KTMB terus kekal bukan sahaja kerana sejarahnya tapi kerana KTMB adalah untuk kepentingan rakyat. Ramai orang tak sedar, ramai orang tidak tahu, mereka hanya mel… Read More
  • Komuter: KTMB masih rugi RM60 juta MUKADIMAH: PENGERUSI Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Nawawi Ahmad (gambar) mengikuti komen-komen dari Facebook dan WhatsApp sebaik sahaja pengumuman kadar tambang baharu perkhidmatan komuter KTMB kelmarin. … Read More
  • Terima kasih kepada JK Cawangan Alor Setar Bagi pihak Majlis Exco kami merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa Cawangan dan Ahli-Ahli Cawangan Alor Setar. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB … Read More