Maka individu yang berjawatan "PRESIDEN KTMB" adalah orang yang dipertanggungjawabkan dalam merencana ke arah hala tuju, berkebolehan mengarah, bijaksana, di hormati, mencari sumber kewangan, mampu mencetuskan idea yang paling penting mampu buat "KEPUTUSAN" & "BERTANGGUNGJAWAB".
Sekiranya dalam kategori tersebut tadi tiada salah satu akan wujud kepincangan yang disebut kegagalan urus tadbir.
Dalam erti kata yang paling tepat ialah seorang "KETUA" adalah seorang yang mampu membuat "KEPUTUSAN" dan mampu "BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KEPUTUSAN YANG DIBUAT"!
Sekiranya ia tidak mampu untuk membuat keputusan, tidak mampu bertanggungjawab dan tidak mampu "BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEPUTUSAN YANG DIBUAT" atau ayat paling tepat "TAKUT BUAT KEPUTUSAN DAN TAKUT BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEPUTUSAN" maka orang berkenaan tidak layak di gelar "KETUA" ayat paling tepat ialah "INDIVIDU BERKENAAN TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN".
Bila ini diperkatakan penilaian yang paling tepat sekiranya ada pemimpin sebegini ianya dinamakan:- "PEMIMPIN BACUL"!
"PEMIMPIN BACUL" akan merosakkan pengikutnya dan menjahanamkan organisasi yang dipimpinnya.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB