13 Jun 2014

LAB PEMANDU

Gambar Hiasan
RUM difahamkan semua top management kini sedang mengadakan "LAB" di bawah Pemandu atas daya usaha Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB selama 6 minggu.

Usaha ini sangat dialu - alukan demi menterjemahkan kearah kebaikan dan kemajuan KTMB. 

Difahamkan usaha yang dirumuskan ini melibatkan jangka panjang hala tuju KTMB, satu usaha yang sangat baik yang telah dipelopori oleh Dato Pengerusi KTMB.

Kesangsian timbul adakah usaha ini hanya tinggal usaha, usaha ini sekadar hanya terjemahkan atas kertas serta "presentation" yang baik sahaja, kesangsian ini berdasarkan "track record" Datuk Presiden KTMB dalam tempoh 2 tahun iaitu 2 kali "business plan" hanya sekadar "wayang tinggi production".

Justeru itu, "lab" yang dicetuskan idea oleh Dato Pengerusi KTMB, adakah juga sekadar "wayang tinggi production"? kerana yang akan mengimplementasikan ialah "DATUK PRESIDEN KTMB".

RUM secara berterus terang bahawa selagi Datuk ELIAS KADIR sebagai Presiden KTMB, buatlah beribu perancangan, buatlah apa pun, Datuk Presiden KTMB akan mengatakan " INI BAGUS", "IDEA BAGUS", "KITA AKAN MENGEIMPLEMENTASIKAN APA YANG TELAH DIPUTUSKAN", di sebaliknya, ianya akan "DIPENGAP", DIPERLAHANKAN" "DI DIAMKAN" "AKAN MENCARI JALAN MENGAGALKAN", Datuk Presiden KTMB akan menggunakan "CONSULTANT MADA INDIA dan "PEMANGKU PENGURUS BESAR KORPORAT" sebagai "BUDAK SURUHAN" untuk mengagalkan. 

Datuk Elias Kadir selaku Presiden KTMB akan menjawab pada Dato Pengerusi Lembaga Pengurus KTMB dan Lembaga Pengarah KTMB dengan ayat di bawah ini:-

"Keputusan ini bukan keputusan saya, keputusan ini keputusan pengurusan, mereka telah mengkaji dan meneliti maka ini lah masalah yang ada, namun demikian saya akan cuba mengatasi"

Datuk Presiden KTMB akan melepaskan tanggungjawab dan menyerahkan kepada pengurusan tertinggi KTMB di kalangan Pengurus Besar, maka salah seorang Pengurus Besar akan di kambing hitamkan. 

Konklusinya

1. Wayang tinggi production terus bermaharajalela.

2. Dato Pengerusi KTMB akan terpedaya.

3. Lembaga Pengarah KTMB hanya akan bising dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus tanpa mengeluarkan solusi. 

Inilah andaian RUM berdasarkan 2 tahun pengalaman bersama Datuk Elias Kadir selaku Presiden KTMB.

So adakah KEMENTERIAN KEWANGAN perlu melihat atau membiarkan perkara ini berlarutan? Adakah Kementerian Kewangan tidak melihat KPI Presiden KTMB? Adakah ini satu agenda menjatuhkan KTMB?

Jawapan ada pada Kementerian Kewangan. 


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB