22 Jun 2014

SPAD: LAWATAN PANTAI TIMUR

Gambar Hiasan
Pegawai - pegawai SPAD atau lebih dikenali dengan rombongan SPAD diketuai oleh Ybhg Tan Sri Hamid Albar akan membuat lawatan ke pantai timur dengan menaiki tren yang akan melalui landasan gemas -gua musang yang telah diputuskan oleh SPAD untuk menutup operasi berkuatkuasa pada 27.6.2014.

Lawatan ini memungkinkan untuk menilai tahap keselamatan landasan di sektor berkenaan.

Seperti kata dalam wall seorang sahabat "buat keputusan dulu, kemudian baru nak jenguk, ibarat bunuh dulu, baru siasat".

Bolehkah RUM katakan bahawa kewibawaan kepada SPAD telah terhakis, itu belum lagi dengan kemalangan bas yang melibatkan kematian.

Apakah SPAD boleh dipercayai, relevan dan perlu lagi sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat?

Pendirian RUM bahawa SPAD telah gagal sebagai sebuah Suruhanjaya.

Seperti cadangan RUM:-

1. Kembalikan kuasa yang diserahkan pada SPAD kepada MOT.

atau

2. Wujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan REL.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB