06 Jun 2014

YTL 2 - KEMBALIKAN TANAH DI SENTUL KEPADA KTMB.

Bila diperhatikan dalam tempoh kurang lebih 20 tahun, tanah KTMB yang kini dimiliki YTL, apakah pembangunan dalam tempoh berkenaan berjalan dengan rancak.

Yang diperhatikan ialah bangunan-bangunan komersial dan kondominium, maknanya faedah yang terbentuk melalui pembangunan berkenaan hanya kepada mereka yang berkemampuan, pada mereka yang berpendapatan khususnya di bawah RM 4000.00 akan tertelan air liur sahaja.

Malah pekerja KTMB pernah menuntut pada tahun 1997 agar dibangunkan perumahan berbentuk mampu milik dan diberi keutamaan penjualannya kepada pekerja KTMB, tapi sayangnya tiada pendengaran khabar sehingga hari ini.

Dalam tempoh berkenaan pembangunan di tanah KTMB bergerak sangat perlahan, malah beberapa kawasan boleh dilihat seperti kawasan terbiar, penghuni iaitu pekerja KTMB pada awal 1994, 2002 tergesa-gesa diarah berpindah sedangkan ianya tidak pun dimajukan.

Pihak Kesatuan juga difahamkan, KTMB adalah pemegang saham sebanyak 26%, namun demikian tiada sebarang pembayaran dividen kepada KTMB malah pembangunan seperti yang dijanjikan iaitu "RAILWAY VILLAGE" sehingga ini tiada sebarang perkhabaran sedangkan semua "kuarters KTMB di kawasan Sentul, Jalan Strachan, Jalan Sungai, Jalan Haji Salleh dan Jalan Perhentian telah lama dirobohkan.

Justeru itu RUM memohon YAB Dato' Sri Mold Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia mengkaji semula kedudukan tanah-tanah KTMB yang diserahkan kepada YTL ditarik balik dan dikembalikan kepada KTMB.

Tindakan ini perlu dilakukan demi mengembalikan hak kepunyaan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • LENGKOK ABDULLAH Ramai penduduk dah merungut mengenai parking dan kawalan keselamatan tapi tiada tindakan dari pengurusan terdahulu di bawah "JABATAN TMOD""yang sememangnya lemah dari semua aspek. Pekerja / Penduduk membayar sejumlah kos … Read More
  • ATAS PERMINTAANOleh kerana ramai yang bertanya siapakah "TUAN" MOHAN maka RUM paparkan di Suara RUM. Inilah wajah "TUAN" MOHAN yang ingat "DUNIA NI DIA PUNYA", boleh buat sesuka hati! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB … Read More
  • PENGHARGAAN TERIMA KASIH (SUMBANGAN HARI RAYA) RUM bagi pihak semua ahli-ahlinya merakamkan penghargaan "Terima Kasih Yang Tidak Terhingga" kepada:- YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang melulu… Read More
  • HANTU Bayang hantu ada lagi rupanya.. Pewaris kepada Mantan Presiden KTMB. Aloooooo Tuan MOHAN.... ini PEMANGKU PENGURUS yang naik pangkat turun dari langit..... lu betul - betul bikin RUM panas... Lu mahu tenguk RUM panas… Read More
  • LAWATAN KE LUAR NEGARA (PERKONGSIAN INFO) Pegawai - pegawai RUM sejak dahulu lagi tiada membuat sebarang lawatan kerja ke luar negara. Kalau ada hanya Mesyuarat di peringkat antarabangsa itu pun ditanggung oleh penganjur Kesatuan Antarabangsa. Sebut soal lawatan… Read More