25 Jun 2014

PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG - GEMAS JURUTERA SPAD

PERSOALAN

1. Siapakah jurutera yang dilantik oleh SPAD yang mengesahkan dan menandatangani kajian keselamatan berdasarkan seksyen 106, Akta Pengangkutan Awam Darat?

2. Berapa lamakah kajian dibuat kerana ia melibatkan 300km?

3. Adakah "safety tolerence" itu menepati piawaian antarabangsa?

4. Selepas keputusan penutupan operasi Gua Musang - Gemas di keluarkan kepada KTMB, maka keputusan itu boleh dianggap muktamad! Menariknya setelah keputusan dibuat maka Ybhg Tan Sri Dato Hamid Albar bersama isterinya menaiki tren khas telah membuat tinjauan dari tumpat ke kuala lumpur yang akan melalui Gua Musang – Gemas dan perjalanan itu selamat ke destinasi iaitu kuala lumpur, maka boleh tak RUM andaikan landasan berkenaan Selamat serta keputusan yang di buat oleh SPAD adalah silap.

5. Dari tarikh surat SPAD 10.6.2014 yang mengeluarkan arahan penutupan operasi sehingga arahan penutupan bertarikh 26.6.2014, apa parameter yang SPAD gunakan dari sudut safety tolerence yang mengatakan dalam tempoh tersebut bahawa landasan itu selamat dan tidak selamat selepas 27.6.2014. Boleh tak RUM katakan landasan itu selamat.

6. Boleh tak RUM katakan bahawa tiada jurutera yan bertauliah khusus mengenai kepakaran landasan yang dilantik secara khusus untuk membuat kajian secara menyeluruh mengenai landasan Gua Musang - Gemas?

7. Boleh tak RUM katakan bahawa SPAD juga tidak mempunyai kepakaran "OPERASI TRAIN" untuk mengesahkan keselamatan secara menyeluruh landasan Gua Musang - Gemas?

Konklusi

Maka berdasarkan kepada para 1-7 keputusan SPAD menutup operasi Gua Musang - Gemas adalah sangat meragukan berdasarkan peruntukan seksyen 106 Akta Pengangkutan Awam Darat, maka RUM mengandaikan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat menyalahgunakan kuasa untuk penutupan landasan berkenaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB