25 Jun 2014

PERKHIDMATAN SOSIAL PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG – GEMAS

Hari ini kita melihat bahawa semua pihak mula marah, ahli-ahli RUM marah, pengurusan KTMB marah, mantan-mantan expertise KTM dan KTMB marah.

Kerana apa?

Kerana mereka melihat kecelaruan minda SPAD yang tidak bijak dalam membuat keputusan.

SPAD adalah Suruhanjaya, Suruhanjaya mesti di terajui oleh mereka yang benar-benar pakar dalam keretapi, bukan semberono. Mereka tidak boleh atau hanya berpandukan undang-undang tapi perlu melihat segenap aspek dalam menentukan keputusan.

Keretapi mempunyai undang-undang tersendiri dari aspek keselamatan tren, ianya tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan yang boleh memburukkan keadaan.

RUM pernah menghighlightkan bahawa penjawat awam lemah dalam banyak aspek (bukan semua) kelemahan ini akan menjadikan kerajaan dipersalahkan, tapi dalam menentukan keputusan, kita melihat wakil kerajaan iaitu Pengerusi SPAD juga gagal dalam menterjemahkan kehendak "perkhidmatan sosial".

Apakah era ini dengan terbentuknya "TRANSFORMASI" maka "perkhidmatan sosial" akan terhakis?

Apakah ini matlamat untuk mencapai "wawasan 2020" iaitu menghakiskan "perkhidmatan sosial".

Maka kalau dilihat dari tujuan penswastaan maka arah tuju adalah "menghakis perkhidmatan sosial", maka dengan kewujudan SPAD terbukti bahawa penghakisan "perkhidmatan sosial" benar-benar berlaku.

Bila ini berlaku, maka dimanakah faedah yang dinikmati oleh rakyat menjelang 2020? Apakah banyak lagi sektor selepas penswastaan akan berlaku penghakisan faedah pada rakyat melalui "perkhidmatan sosial"?

Hanya kerajaan yang memerintah mampu menjawabnya?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB