05 Jun 2014

KEHENDAK PEKERJA atau KEHENDAK YTL atau MMC atau ORANG KAYA atau YANG FIKIR PERUT DIDAHULUKAN?

Gambar hiasan
Bila sebut kehendak maka perlu difikirkan kehendak siapa perlu diutamakan, dekat sinilah tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk memerintah secara adil dan saksama.

Bila kehendak ini dibuat secara terpilih, maka pasti yang menjadi mangsa ialah pekerja yakni rakyat.

Bertahun-tahun perkara ini berlaku, perlakuan ini membuatkan pihak yang dipanggil pekerja mula rasa tidak puas hati, melahirkan kemarahan kerana sikap tidak mengutamakan tanggungjawab yang telah diberikan sekian lama.

Sebagai contoh, apakah faedah yang dinikmati oleh pekerja mahupun organisasi seperti KTMB yang mana tanah yang beribu ekar diberikan kepada YTL. Berapa peratuskah saham yang diberikan dan berapa peratuskah dividen yang dinikmati oleh KTMB untuk membantu KTMB dari sudut pendapatan (revenue).

Dari sudut penambahan pendapatan semenjak 20 tahun yang lalu? Apakah keberhasilan yang dinikmati oleh KTMB dan apakah pulangan kepada pekerja. 

Siapakah gerangan yang menikmati keuntungan ini?

Justeru itu, sebarang kelemahan yang terwujud sebelum ini, perlu dibetulkan dengan segera bak kata pepatah "balik ke pangkal jalan".

Pekerja adalah rakyat, pekerja juga pengundi.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

Related Posts:

  • BERULANGKAH LAGI? MACAM NAK BUAT PIKET JEEEE.. RUM … Read More
  • Business Plan Part 11 (akhir) KONKLUSI (13 Dalil) 1. Business Plan kali kedua bagi tahun 2014 anjuran Yb Dato Pengerusi sebagai pembuktian kegagalan Business Plan Pertama yang dianjurkan oleh Datuk Presiden KTMB. 2. Pembuktian bahawa Yb Dato Peng… Read More
  • UNITY IS OUR STRENTGH Tingkatkan semangat perjuangan, tempoh telah pun hampir tamat... "UNITY IS OUR STRENTGH" RUM … Read More
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dengan mandat Majlis Eksekutif akan bersidang esuk 18.3.2014 bagi membincangkan kenyataan kesatuan mengenai Business Plan Part 1 - 10. Perbincangan akan memperincikan semua perkara sete… Read More
  • Business Plan Part 10 ADILKAH KEPADA YB DATO PENGERUSI? Kalau ikut kebiasaannya Pengerusi KTMB jarang-jarang turun padang kecuali dalam majlis tertentu sahaja, lebihnya dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah atau di Pejabat Lembaga Pengarah KTMB, … Read More