Perlu diteliti... apakah kehendak pekerja, mungkin ramai pihak yang beranggapan kehendak pekerja tidak perlu diambil berat atau beranggapan bahawa itu perkara mudah.
Berapa jumlah keseluruhan pekerja di negara ini samada di sektor awam mahupun sektor swasta.
Pengaruh pekerja dari golongan berpendapatan RM 10.000, RM 5000.00, RM 3000.00, RM 2000.00 dan gaji minima RM 900.00.
Dari sudut bangsa, Melayu, India, Cina dan lain-lain.
Ada pekerja yang berpendapatan RM 10.000 tiada masalah, kerana pendapatan ini dikira tinggi, RM 5.000 boleh dikatakan ok sahaja, RM 4000 tidak berapa ok, RM 3000 adalah dikira parah.
Maka pernahkah kerajaan menilai secara jujur dengan keperluan ini, ia pernah melalui jawatankuasa pelaksanaan gaji yang telah mewujudkan gaji minima.
Apakah gaji minima atau gaji-gaji yang diterima itu munasabah kalau dibandingkan dengan kos sara hidup? Jawapannya tidak!
Apakah kehendak pekerja?
1. Menampung kos sara hidup
2. Utiliti
3. Pengangkutan
4. Pelajaran
5. Rumah
6. Dan sebagainya.
Kalau diperincikan adakah apa yang dinikmati kini telah pun dipenuhi oleh kerajaan yang memerintah?
Jawapannya : BELUM!
Begitu juga di KTMB, rata-rata pekerja KTMB masih menikmati gaji di bawah pasaran.
Maka apa yang berlaku kini adalah tidak adil dah tidak sewajarnya berlaku.
Justeru itu pihak yang bertanggungjawab perlu meneliti dan mengkaji secara mendalam bagi memastikan kehidupan pekerja KTMB dan dan seluruh pekerja negara ini seimbang dengan kos sara hidup.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB