10 Jun 2014

PERSOALAN: IKLAN PENJUALAN UNIT-UNIT PANGSAPURI & KONDOMINIUM DI PRAI

1. Apakah kebaikan dan keburukan untuk menjual apartment & kondominium KTMB dari sudut jangka pendek dan jangka panjang?

2. Apakah penjualan itu akan memberi impak yang baik kepada pendapatan KTMB?

3. Apakah faedah bagi pekerja KTMB pada masa hadapan sekiranya kondominium dan apartment ini terjual?

4. Kita perlu melihat idea pencetus keretapi di negara ini? dari sudut perniagaan, ekonomi, sosial dan lain-lain.... adakah idea yang tercetus ini tidak memberi faedah kepada negara dan rakyat khususnya pekerja?

5. Kalau kita lihat kembali sejarah KTMB, pencetus idea ini telah memberi kebaikan kepada ekonomi negara, perkhidmatan sosial malah memberi banyak kebaikan kepada pekerja, apakah di zaman sekarang kepimpinan yang ada dalam KTMB ketandusan idea sehingga berhasrat untuk menjual harta KTMB?

6. Di akui memang ada kebaikan kepada pekerja iaitu diberi peluang untuk membeli rumah KTMB, tapi ini dari sudut jangka pendek, bagaimana pula dari sudut jangka panjang? Kalau itu lebihan rumah kenapa tidak dibuat sewa ikut harga pasaran?

7. Apa terjadi dengan penjualan pejabat multimodal di Subang Jaya? pada awalnya macam menarik kerana membantu peningkatan pendapatan multimodal iaitu anak syarikat KTMB, kemana pekerja-pekerja multimodal kini, difahamkan mereka kini menumpang di Ibu Pejabat KTMB, dan apakah hasil penjualan itu membantu meningkatkan pendapatan kepada multimodal pada tahun kewangan berikutnya?

8. Kita kini dah kembali kezaman ketandusan idea, iaitu menjual sesuatu kepada pihak tertentu untuk mendapatkan sumber kewangan, selepas itu kita akan menumpang ditanah sendiri, apa kah ini satu ideologi transformasi kearah memajukan negara di abad ini?

Persoalan ini sebahagian persoalan yang bermain diruang kepala dan memerlukan jawapan segera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • TAK FAHAM RUM memang tak faham mengenai perancangan yang dibuat oleh mereka, RUM sangat-sangat nak berdepan tidak kira siapa, beri penjelasan pada RUM agar RUM benar-benar faham hasrat hala tuju KTMB. Bila RUM bertanya dengan ra… Read More
  • PERKHIDMATAN AWAN DARAT Saya bersetuju dengan kenyataan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia mengenai pengangkutan keretapi di perluaskan dalam bandar maupun luarbandar, saya juga bersetuju bahawa kita jauh ketin… Read More
  • CERITA PETANG INI "Jangan bagi tau RUM, 24 kelas dah bagi MAJESTIC, kalau RUM dapat tau dia kacau" dikatakan oleh seseorang... bukan RUM kata... Apa lagi nak kata... buatlah.. taburlah pasir dalam periuk nasi pekerja... tak mengapa.. Allah… Read More
  • MESYUARAT MAJLIS EKSEKUTIF Alhamdulillah dah selesai Mesyuarat Majlis Exco hari ini, satu perbincangan yang hangat melibatkan isu terkini. Antara lain Majlis Eksekutif telah membuat ketetapan untuk mengambil tindakan perusahaan kepada pihak-pihak … Read More
  • KERATAN AKHBAR 16/10/14 Read More