Masih banyak kerja yang perlu dilakukan, hari ini mesyuarat Jawatankuasa Induk Keselamatan, Kesihatan, Perkerjaan dan Persekitaran (oshen), yang mana saya tidak dapat hadir kerana saya hanya bertolak ke Kuala Lumpur dari Taiping pagi ini, namun Pengerusi Oshen RUM, Sdr Mokhtar yang juga Timbalan Presiden RUM akan mengetuai delegasi RUM dalam membincangkan isu berbangkit maupun isu baru mengenai keselamatan.
Isu penting yang kita hadapi ialah isu Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang RUM perjuangkan, ianya tidak lepas ataupun lupa tentang RAC yang kita mengambil pendekatan " sangat serius".
Isu CA adalah keutamaan RUM, RUM menyedari bahawa tempoh masa yang panjang dalam menunggu kelulusan Lembaga Pengarah KTMB (Board), apa yang dipinta kepada ahli-ahli RUM ialah bersabar, dalam hal ini kita tidak boleh tergesa-gesa kerana situasi kewangan KTMB yang agak kritikal sehingga apa yang RUM perjuangkan melalui RALLY tempoh hari dapat menghasilkan sesuatu, bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat sesuatu yang baik.
Isu dasar lain yang menjadi perhatian serius RUM ialah isu tanah keretapi yang melibatkan kuarters Bangsar Utama, Lengkuk Abdullah dan tanah yang digunakan untuk kepentingan KTMB.
3 isu dasar yang penting melibatkan kepentingan Warga KTMB, apa yang penting perpaduan dan kekuatan ahli terus ditingkatkan, suasana hari raya tetap kita sambut dengan gembira tetapi kita tetap tidak boleh lupa masalah yang mungkin berlaku kepada kita warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM.
Bersama kita pertahankan hak kita dan berjuang terus demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
13 Julai 2016
Home »
» ISU DASAR
(RAC, CA, KUARTERS & TANAH KEGUNAAN KTMB)
ISU DASAR (RAC, CA, KUARTERS & TANAH KEGUNAAN KTMB)
Rabu, Julai 13, 2016
Related Posts:
AL FATIHAH انا لله وانا اليه راجعون الهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإ… Read More
BAJU Saya tak pakai baju "INDIVIDU"... Saya tak pakai baju "KTMB"... Saya tak pakai baju "MTUC"... Saya tak pakai baju "WFTU"... Saya tak pakai baju "POLITIK"... Saya pakai baju "RAILWAYMENS UNION OF MALAYA (RUM)" Presiden RU… Read More
MOHON KERJASAMA 1. RUM mohon semua warga KTMB atau Mantan Warga KTMB yang masih sayangkan KTMB jangan keluarkan sebarang kenyataan, gambar, komen yang memburuk atau menjejaskan imej KTMB atau mengviralkan sebarang jenis yang sengaja… Read More
KTMB dijangka rugi RM55 juta tahun ini KUALA LUMPUR 7 Dis. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka mencatatkan kerugian RM55 juta pada tahun ini daripada jumlah kerugian terkumpul RM1 bilion, akibat kos operasi termasuk penyelenggaraan dan perkhidmatan y… Read More
PERJUANGAN KU Perjuangan ku... Hanya untuk kaum pekerja... Pekerja nadi negara... Siapa peduli... Siapa simpati... Tiada... Kecewa... Itu naluri ku... Sampai bila... Entahlah... Aku tetap aku... Aku hanya fikirkan.... Pekerja... D… Read More