06 Januari 2018

PELUANG (OPPORTUNITY) KONTRAKTOR & PIHAK BERKUASA

Sebagai kontraktor mereka akan mencari "peluang" bagaimana untuk mendapatkan projek, kebiasaannya mereka akan mengunakan "pintu belakang", bagi menjayakan hasrat mereka akan mencadangkan "idea" kononnya ini adalah yang terbaik untuk syarikat, kerana ianya boleh membantu syarikat untuk mencapai keuntungan. Peluang ini akan dimainkan oleh para kontraktor walaupun ianya terpaksa mengancurkan periuk nasi pekerja syarikat yang bakal menawarkan kontrak, yang penting mereka dapat peluang perniagaan.

Ada pihak-pihak tertentu pula akan mengambil kesempatan kerana "peluang" dari "pintu belakang" datang, kerana "peluang" ini sungguh lumayan malah ada yang "demand", maka pihak tertentu pula akan menyatakan bahawa "idea" ini adalah terbaik kerana mampu menyelamatkan syarikat malah kononnya syarikat tidak perlu bergantung kepada "pemegang saham".

Antara strategi yang bakal diwujudkan ialah dengan melemahkan organisasi syarikat dengan menyatakan bahawa pekerja tidak produktif, kesatuan menuntut yang melampaui kemampuan, kegagalan pengurusan dari segi pentadbiran, menyekat urusniaga dan pelbagai lagi.

Peranan inilah yang selalu dimainkan oleh pihak tertentu malah akan menghighlightkan bahawa perancangan yang telah dibuat kononnya lebih baik untuk negara sebagai contoh yang akan diperkatakan ialah kononnya peluang pekerjaan akan diwujudkan, pengangkutan lori dilebuhraya dapat dikurangkan dan lain-lain, tujuannya untuk mengaburi mata umum bahawa ianya adalah satu perancangan yang terbaik.

Strategi begini adalah satu taktik atau strategi untuk kepentingan kontraktor, kontraktor sebegini tidak peduli walaupun ianya akan merosakkan kepentingan syarikat penawar kontrak, malah dari sudut implikasi  jangka panjang untuk rakyat maupun negara juga tidak penting kepada mereka, pada mereka bagaimana untuk mendapatkan kontrak dan meraih keuntungan.

Matlamatnya untuk dua (2) pihak iaitu kontraktor dan pihak berkuasa meraih keuntungan bukannya untuk kepentingan pekerja, syarikat, rakyat malah negara.

RUM sebagai organisasi Kesatuan Sekerja yang melihat kepentingan pekerja dan keseluruhannya justeru itu tidak boleh membenarkan, tindak tanduk mereka telah dapat dikesan melalui perancangan yang mempunyai agenda seperti yang diperkatakan.

RUM perlu melihat kepentingan pekerja dari sudut jangka panjang malah tanggungjawab RUM adalah untuk memastikan Syarikat (KTMB) sebagai sebuah syarikat berorientasikan "perkhidmatan sosial" memberi sumbangan terus kepada rakyat dan negara.

Maka itu perancangan Railway Network Access Aggrement (RNAA) perlu ditolak tanpa ada sebarang alasan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB