23 Ogos 2017

MENUNJUKKAN KEBODOHAN/ RNAA

Apakah ayat "MENUNJUKKAN KEBODOHAN" ini tepat? seperti yang dipaparkan dalam topik Notis Pengosongan Depoh Ang Seng 1

Sebenarnya ianya sekadar pesepsi yang mengambarkan kebodohan tapi sebaliknya mungkin ayat yang lebih sesuai adalah "MEMPERBODOHKAN", kalau ayat "memperbodohkan" ini tepat maka Menteri dan Tim Menteri adalah bijak orangnya bersesuaian dengan status mereka sebagai penyandang jawatan Menteri atau Tim Menteri.

Di olah lagi ayat "memperbodohkan" maka mereka yang yakin dengan Menteri dan Tim Menteri ini sebenarnya telah "diperbodohkan" akhirnya siapa-siapa yang percaya atau terpercaya maka yang percaya dan terpercaya ini mungkin bodoh atau memang bodoh.

Kenapa ayat "memperbodohkan" ini diutarakan? sebab ianya perlu jelas tujuan dan hasrat tersirat sehingga melaksanakan RNAA maka siapa yang yakini RNAA ini adalah perancangan RNAA ini adalah baik maka mereka telah diperbodohkan, diperbodohkan atas dasar apa? Setiap ungkapan Menteri dan Tim Menteri itu adalah kononnya betul atas dasar yang mengungkap ungkapan itu adalah seorang Menteri dan Tim Menteri.

Kenapa "memperbodohkan" itu dilihat satu "kebijaksanaan?" Pasti terwujudnya agenda "mengenyangkan perut", maka tujuan "mengenyangkan perut" mesti mempunyai rangka strategi yang kemas menyakinkan agar mudah "diperbodohkan".

Ada juga yang suka "diperbodohkan" ada juga yang suka "buat-buat bodoh", orang-orang begini sifatnya adalah dengan sengaja tapi mempunyai agenda tersendiri, contohnya sanggup diperbodohkan untuk mendapat imbuhan (kata glamour orang sekarang "dedak") kerana "kepentingan perut".

Konklusi "memperbodohkan"  adalah satu agenda tersembunyi untuk mencapai hasrat agar RNAA terlaksana, mereka-mereka ini sangat bijak asal mampu mengenyangkan perut atau mempunyai agenda peribadi tanpa memperdulikan kehendak pekerja, KTMB, rakyat maupun negara!

Cuma jangan ingat semua orang boleh diperbodohkan, waima kamu seorang Menteri kamu juga tetap seorang manusia, kecuali kamu bukan manusia!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • BERKEPENTINGAN RNAARUM terbaca dalam satu komen yang dicopypaste dari satu group... Komen sangat menarik mengenai RNAA, malah pencetusnya pun turut komen, iya benar RNAA ini sangat baik untuk mereka yang berkepentingan, kalau RUM juga ada kepen… Read More
  • SIDANG PARLIMEN RNAAKenyataan YB Timbalan Menteri Pengangkutan dalam sidang parlimen semalam antara lain menyatakan bahawa nasib 4000 pekerja akan "DIPERTIMBANGKAN" diserapkan dalam "SYARIKAT SUBSIDIARI" . Kenyataan ini adalah "SELARI" dengan ap… Read More
  • RNAA- SIDANG PARLIMENTerima kasih YB Abdullah Sani yang membangkitkan isu RNAA di Parlimen pagi tadi. Cuma kenyataan ini belum sesuai, persoalan sebenar ialah kepada Kementerian Pengangkutan. Alangkah baiknya yang YB Abdullah Sani minta saya sela… Read More
  • MESEJ DALAM IMBOX TERIMA KASIH KERANA MESEJ PADA ADMIN RNAA"Assalamualaikum w.b.t, maaf sekiranya sy mencampuri urusan Suara Rum dan KTMB. Ini adalah kerana sy SAYANGKAN KTMB. Sy adalah BEKAS kakitangan KTMB. Apa yg dapat sy perhatikan dan sy kaji... Pembangunan RNAA adalah untuk keb… Read More
  • KEMPEN.. KEMPEN WAR-WARKAN KEPADA RAKYAT IMPLIKASI RNAA...Terima kasih kepada Exco Pelansir, sdr Zahit Zakaria, Ajk RUM, sdr Naim Tastik dan sahabat-sahabat yang lain diatas kesanggupan turun padang. Kali ini, kita akan war-warkan kepada RAKYAT dan UMUM, REALITI apa yang akan berlak… Read More