RUM membaca semua komen pengguna dalam wall FB PAGE KTMB, semuanya dalam keadaan marah-marah kerana kelewatan tren yang menyebabkan kelewatan ke tempat kerja atau mungkin menganggu urusan pengguna.
Dalam keadaan sesuatu tragedi kita tidak pernah meminta ianya berlaku, bila berlaku akan menyusahkan semua pihak malah pihak KTMB sedaya upaya berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan keadaan.
Dalam keadaan tertentu RUM akui ada beberapa kelemahan seperti yang dirungutkan iaitu kegagalan membuat pengumuman, walaupun ada pengumuman mungkin rasa tidak puas hati timbul disebabkan pengguna marah bila berlaku kelewatan tren.
RUM juga akui bahawa pengurusan KTMB tersepit bila berlaku insiden yang tidak diingini kerana tidak berani mengeluarkan kenyataan disebab beberapa halangan, justeru itu dalam keadaan tertentu maka KTMB teruk dibelasah oleh pengguna.
RUM juga tidak boleh terlampau keluar kenyataan secara terbuka, sekadar boleh mengutarakan kelembapan dan ketidak efisyennya Kementerian Pengangkutan yang menyebabkan semua ini berlaku, maka KTMB menjadi mangsa tomahan, pekerja terkena tempiasnya.
Kepada pihak pengurusan KTMB yang mana kesilapan itu, tolong perbetulkan dengan kadar segera, kepada pekerja bersabarlah memang nasib kita yang kena hentam, apa nak buat kelemahan mereka kita jadi mangsa.
RUM tetap berpendirian segala masalah yang berlaku adalah "berpunca" dari kementerian pengangkutan seperti mana kenyataan-kenyataan yang pernah RUM keluarkan, kalau pihak Kementerian Pengangkutan tidak berpuas hati dengan kenyataan ini, RUM sedia berdebat, jangan fikirkan RUM ini tidak tahu apa-apa, kau orang yang lembab, kami yang bermasalah.
Kepada pengguna tiada perkataan lain yang sesuai selain dari memohon maaf, jangan marah kami, pergi marah Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Pengangkutan, mereka perlu bertanggungjawab!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
24 Ogos 2017
Home »
» KOMEN PENGGUNA/PAGE KTMB
KOMEN PENGGUNA/PAGE KTMB
Khamis, Ogos 24, 2017
Related Posts:
PENAMATAN PERKHIDMATAN (DEMONTRASI) KONGSI PENGETAHUAN DENGAN AHLI-AHLI RUM. (BEZA BUKAN AHLI DAN AHLI KESATUAN SEKERJA)Saya terbaca dalam wall mengenai surat penamatan yang dikeluarkan kepada seorang pekerja. Berdasarkan kefahaman saya melalui surat yang dipaparkan tertuduh yang disabitkan kesalahan sehingga "penamatan perkhidmatan" disebabka… Read More
PEKERJA BANGLADESHAlhamdulillah, terima kasih... ini keputusan bijak, RUM sangat menghargai kenyataan YAB TIM PERDANA MENTERI yang membekukan pengambilan pekerja asing. RUM berharap langkah-langkah yang baik seperti latihan dan mengalakkan pek… Read More
ISU PEKERJA BANGLADESH / POLITIKBukan semua isu sengaja dipolitikkan... isu pekerja bangladesh, bukan isu politik, andai ada pihak yang nak mempolitikkan itu kerja mereka, malah sendiri cari sakit kerana mewujudkan isu untuk dipolitikkan, tapi RUM tidak mel… Read More
FAEDAH HOSPITALPegawai RUM telah menunjukkan satu kenyataan dari bukan ahli yang dipaparkan dalam facebook yang mengatakan bahawa faedah pakar tiada dalam CA. Perlu dijelaskan dalam CA. Artikel 50 telah menjelaskan, sebelum buat sebarang ke… Read More
PENANGUHAN PENGAMBILAN 1.5 JUTA BANGLADESHPenangguhan ini memberi kelegaan sementara bahawa pihak kerajaan pada dasarnya mendengar keluhan rakyat, usaha penangguhan ini satu langkah yang bijak dan dialu-alukan. Terima kasih. Penangguhan bererti berhenti buat sementar… Read More