09 Ogos 2017

HARAPAN selesai masalah KTMB, jika menang PRU

Pakatan Harapan hari ini memberi tawaran penyelesaian kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi menyelesaikan isu berkaitan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perjanjian itu didakwa akan merugikan KTMB dan mesti diselesaikan bagi mempertahankan pengangkutan bersejarah di Malaysia.

“Pertamanya Pakatan Harapan setuju KTMB yang wujud sejak sekian lama mesti dikekalkan dan dipertahankan kerana banyak beri kemudahan kepada rakyat Malaysia sejak sekian lama.

“Kami dapati dengan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan dan kementerian pengangkutan tentang masa depan KTMB maka kedudukan KTMB tak boleh tahan dalam jangka masa kehadapan.

“Akhirnya KTMB terpaksa tutup kerana tindakan yang diambil iaitu RNAA dan RAC bawa banyak masalah, bukan hanya kepada pegawai tapi pengurusan KTMB,” kata Muhyiddin dalam sidang media di bangunan sementara Parlimen hari ini.

Terdahulu anggota parlimen HARAPAN menerima kunjungan dari Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai Perjanjian RNAA dan RAC.

RNAA merupakan perjanjian antara RAC dan KTMB. Ia didakwa sebagai cetusan idea Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan bakal menyebabkan campur tangan dalam operasi KTMB.

RUM yang diketuai oleh presidennya, Abdul Razak Md Hassan berkata, jika RNAA dilaksanakan ia akan memberi akibat sangat buruk kepada KTMB, termasuk kemungkinan pembuangan pekerja.

Dalam pertemuan itu, antara cadangan yang ditawarkan oleh HARAPAN kepada KTMB adalah membatalkan perjanjian tersebut serta memindahkan aset RAC ke KTMB sebagai cara memaksimumkan nilai asetnya.

Menurut Razak, saiz kecil RAC akan menghalang KTMB menambah pendapatan daripada sumber Transit- Oriented Development (TOD) termasuk pengiklanan serta penjualan barangan (retail).

"Aset-aset itu pula perlu dipindahkan ke KTMB dan KTMB harus dibenarkan menambah kepakaran dalam bidang ini supaya pendapatan dapat dijana bagi mencapai keuntungan dan mengurangkan keperluan untuk meningkatkan harga tiket.

"Selain itu melaksanakan tender terbuka untuk semua pembelian aset dan perkhidmatan serta tidak menswastakan KTMB," tambah beliau lagi.

Sementara itu Abdul Razak berkata pihaknya berharap kepimpinan gabungan HARAPAN dapat menyelesaikan isu tersebut.

“Nama pun Pakatan Harapan, kami menaruh harapan kepada kamu supaya RNAA ini dibatalkan dan keretapi perlu dipertahankan. RNAA adalah ancaman untuk menjatuhkan warisan negara yang kita tahu KTMB adalah untuk kepentingan rakyat dan negara.

“Sekiranya ia tidak dipertahankan, KTMB makin lama makin terhapus dan kewujudan 130 tahun akan hilang begitu sahaja dan ia adalah idea dari kementerian pengangkutan yang bagi saya idea miskin,” katanya.

Pihak RUM turut meminta supaya HARAPAN menyerap pekerja KTMB menjadi penjawat awam.

“Harapan kami pada Pakatan Harapan dengan penuh harapan RNAA dapat dibatalkan dan jika Pakatan Harapan memerintah KTMB diserapkan kembali menjadi penjawat awam,” katanya.


Read more at https://malaysiakini.com/news/391356#7H7SA0f0Hz6oiYPu.99


Related Posts:

  • RENUNGAN SEKETIKA.. Anda boleh memperbodohkan semua orang pada 'SESETENGAH MASA'... Anda boleh memperbodohkan sesetengah orang pada 'SEMUA MASA', tetapi anda tidak boleh memperbodohkan 'SEMUA ORANG PADA SEMUA MASA... Tidak kira betapa PIN… Read More
  • Alfatihah. RUM merakamkan ucapan takziah atas kembalinya kerahmatullah Ayahanda Sdr Shariff, Pengerusi RUM, Cawangan P.Klang. Semoga Allahyarham ayahanda Sdr Shariif ditempatkan dengan orang2 yg soleh.… Read More
  • 9 MEI 2014 Maka akan kita turun beramai-ramai di pekarangan Ibu Pejabat KTMB, kita mahukan Datuk Presiden KTMB ditamatkan perkhidmatan! Kita tunjukan pekerja KTMB satu suara, suara yang penuh semangat, tanda kekuatan RUM yang jitu… Read More
  • SOKONGAN Demi kebaikan KTMB dan usaha serta langkah-langkah yang dilakukan oleh YB Dato' Ir Hj Nawawi Ahmad, Pengerusi, Lembaga Pengarah KTMB dalam memaju dan memulihkan KTMB, maka RUM berkeyakinan KTMB akan berdaya maju serta mampu… Read More
  • Sekitar Pertemuan dengan ahli-ahli RUM Cawangan Gemas di KluangGambar pertemuan dengan ahli-ahli RUM di Cawangan-cawangan. KAMI AKAN TURUN 9 MEI 2014 KAMI AKAN GEGARKAN IBU PEJABAT KTMB. (kata-kata semangat dari ahli-ahli RUM yang dari Kluang) Pertemuan dengan ahli-ahli di Stesen … Read More