04 Ogos 2017

MASALAH & PERJUANGAN

Duduk dalam union ni, tak pernah kering dengan masalah, selepas satu (1) datang satu (1) lagi, malah ada kala datangnya bertindih atau hari-hari boleh dikatakan ada masalah yang perlu diselesaikan.

Memang kerja union ini bergelumang dengan masalah, bergelumang dengan tafsiran undang-undang, adakala memihak kepada pekerja, adakala memihak kepada majikan, ahli-ahli yang tidak memahami akan menyalahkan kesatuan, itu lumrah atau asam garam permainan berkesatuan.

Hari ini RUM berdepan dengan isu besar melibatkan Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan dengan cadangannya RNAA, satu masalah besar, paling besar yang perlu dihadapi dan ditempuhi berbanding pembuangan kerja seramai 97 orang.

Mana nak fikir KTMB, mana nak fikir PEKERJA, mana nak fikir tentang RUM, semua perlu diambil tindakan bagi menyelamatkan keadaan, satu cabaran besar buat semua kepimpinan RUM.

Datang pula masalah dari segelintir manusia yang berkepentingan, disokong oleh pihak Kementerian walaupun Kementerian itu sedar bahawa ianya satu kesalahan bertentangan dengan undang-undang, tapi tetap diteruskan.

Owh dunia, makin pelik manusia ini, berkepentingan jadi tunggak pegangan, tanpa melihat kepentingan rakan-rakan lain, memikirkan perut sendiri, perjuangan berdasarkan keikhlasan sudah tiada lagi, ini yang berlaku hari ini malah berlaku dalam banyak organisasi.

Cabaran terus mendatang, ianya satu permainan, kalah atau menang itu bukan persoalan, tapi maruah sebuah perjuangan itu yang perlu didirikan.

Kekuatan, jati diri, nawaitu itu pegangan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar sampai basah, sesekali tidak lari dari landasan perjuangan.

Kami pemimpin kesatuan sekerja dengan nama timang-timangannya RUM akan berjuang dan terus berjuang demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • CERITA TV 1 MALAM TADI..Malam tadi dengarlah apa yang Tim Menteri Pengangkutan cakap dalam TV1, 30% sahaja pengunaan landasan, entah mana fakta dia dapat tak tau... Menteri pulak cakap 40% pengunaan landasan, dua-dua dah melalut, macam pening ketum.… Read More
  • Attack Maximun Read More
  • BICARA LARUT MALAM JUMAATAsyik iya... malam jumaat, tapi RUM tak kira hari apa pun tetap malam jumaat, macam kerjalah tak kira waktu, kerja "round the clock", nampak macam mudah tapi otak bergerak, asyik duk berfikir. Tapi malam ni bicara tentang GM … Read More
  • DERAILMENT KARGO DI BANK NEGARASudah lama saya selaku Presiden dan Sdr Maniam Setiausaha Agung RUM tidak turun ke Spot (kawasan derail) kalau ada di jalan kucing  sebulan yang lalu, itu pun disebabkan rungutan pekerja yang tidak dapat@lambat disediaka… Read More
  • KOMEN FB REMEH/ BERSAMALAH KITAAssalamualaikum dan Selamat Pagi Semalam pegawai dan ahli RUM mengamuk betul bila satu kenyataan dikeluarkan oleh seseorang, walaupun pada awalnya RUM nasihatkan jangan, tapi mereka tetap nak attack balik, last sekali RUM ter… Read More