09 Ogos 2017

Perpindahan aset KTMB akan 'membunuh' syarikat - Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR: Aset KTM Berhad (KTMB) tidak wajar dipindahkan kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) kerana ia akan membebankan syarikat tersebut serta kebajikan pekerja-pekerjanya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) president Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tanpa aset, KTMB akan menanggung hutang yang besar dan berdepan kemungkinan besar untuk dijual kepada pihak lain.

"Sepatutnya, KTM perlu mengurus asetnya sendiri. Dalam keadaan kini, ia seolah-olah akan 'membunuh' KTM," kata Muhyiddin dalam satu sidang media bersama beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang lain.

Sidang media tersebut diadakan selepas perjumpaan dengan ahli Kesatuan KTM.

Tambah Muhyiddin, KTM perlu dilindungi memandangkan ia adalah 'tulang belakang' sistem pengangkutan di Malaysia sejak berdekad lamanya.

"Pakatan Harapan bersetuju bahawa KTM perlu dikekalkan kerana ia adalah satu institusi warisan (heritage institute)," kata Muhyiddin.

Perjanjian Akses Rangkaian Keretapi (RNAA) adalah perjanjian antara RAC dan KTMB dimana syarikat KTMB akan memindahkan aset-asetnya kepada RAC.

Aktiviti perpindahan aset ini dilaporkan bakal selesai pada tahun depan.

Astro Awani 


Related Posts:

  • TERIMA KASIH Alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada semua pejuang RUM dari semua cawangan, sahabat-sahabat RUM yang hadir berpiket di pekarangan ibu pejabat KTMB. Hebat sungguh, luar biasa, sungguh sambutan yang luar biasa, se… Read More
  • HARIAN TAMIL MALAYSIA NANBAN - 9 MEI 2014 Maaf ler memang tak faham, tapi kurang lebih maksudnya ialah mengenai Landasan Berkembar Ipoh - Padang Besar akan siap Disember 2014, mengenai perkhidmatan 10 tren letrik akan dilarikan dan perkhidmatan kargo. Komen RUM. … Read More
  • Semangat juang Semangat yang tiada tandingan, kalau ingat beliau inilah yang sakit dalam keadaan kritikal berada di ICU hospital Ipoh tahun 2013. Alhamdulillah kini beliau sihat dan datang dari Ipoh turun ke KL untuk berpiket. Beliau ada… Read More
  • Kesatuan Pekerja KTMB gesa Perdana Menteri singkirkan Presiden KTMB Kuala Lumpur 9 Mei 2014 - Piket Nasional RUM, NUBE dengan semangat setia-kawan hari ini turun bagi memberi sokongan moral berjuang bersama-sama dengan rakan seperjuangan dalam perjuangan warga KPPKTMB mendesak Perdana Ment… Read More
  • Ratusan pekerja KTM demo dalam hujan Walaupun hujan lebat dan dentuman guruh, kira-kira 700 anggota Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) tidak berganjak dari bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhimpun untuk mendesak Datuk … Read More