KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan meluluskan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk semua kakitangan bukan eksekutif dan tujuh peratus kepada eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Pengerusi KTMB, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, kelulusan itu berdasarkan Perjanjian Bersama antara Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) dan Persatuan Pegawai-pegawai KTMB (SOA)
“Ini merupakan Perjanjian Bersama yang ke-8 antara KTMB dan RUM dan ke-6 antara KTMB dan SOA. Perjanjian Bersama ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2018,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nawawi berkata, KTMB menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan yang prihati dengan permintaan kesatuan pekerja KTMB untuk mendapat pelarasan gaji yang baik bagi meringankan kos sara hidup.
Menurutnya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sangat prihatin terhadap golongan pekerja dan warga KTMB komited untuk terus memberi perkhidmatan terbaik. – MYNEWSHUB.CC
08 April 2017
KTMB Ucap Terima Kasih PM, Gaji Kakitangan Naik
Sabtu, April 08, 2017
ca