Tergelak besar bila baca kenyataan blogger ini jelas dan nyata "PAKAR FITNAH" yang boleh menjejaskan imej dan intergriti Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
RUM akui bahawa bila kita mula mengusik arena politik maka inilah natijahnya, permainan fitnah akan menjadi satu permainan samada untuk menjatuhkan atau memburukkan atau memporakperandakan mana-mana individu mahupun organisasi, tapi sebagai kesatuan sekerja kita tidak akan bermain seperti itu kita hanya berhujah berdasarkan fakta dan dalil kerana ianya tidak memberi sebarang pengertian untuk melawan mereka kerana menyedari mereka adalah pakar dalam bidang ini.
Walaupun mereka pakar dalam bidang ini, tapi mereka terlupa pembaca hari ini bijak menilai samada kenyataan yang dikeluarkan itu samada betul atau pun tidak, malah implikasinya juga kepada organisasi yang diwakili kerana kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak berasas malah "ibarat meludah ke langit terpercik kemuka sendiri".
RUM tidak mahu melayan blogger seperti ini, walaupun peluang telah diberikan sekali namun apa jua hujah yang dibalas dengan alasan yang munasabah mereka tetap mewujudkan persoalan lain dengan tujuan mewujudkan persepsi atau ayat keraguan, ini satu strategi memerangkap, namun demikian mereka pasti tidak akan berhenti, tapi biarlah itu sebahagian "job specifikasi mereka".
Namun bagi menjawan hujah bahawa RUM tidak melayan nitezen yang merungut itu adalah fitnah, RUM sentiasa mengambil berat terhadap semua rungutan nitezen, cuma isu kopi itu aduannya biarlah bertempat, isu itu terlalu kecil dan boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat tapi ianya seolah-olah dengan niat memburuk-burukkan KTMB, ini tidak adil bukan! malah paling mudah pm atau inbox RUM, In Syaa Allah.. RUM akan ambil perhatian walaupun ianya bukan job speck RUM tapi demi kebaikan KTMB, RUM sentiasa membantu kerana secara tidak langsung kalau imej KTMB tercemar maka imej RUM juga turut tarpalit.
Di bawah ini satu contoh yang RUM ingin paparkan bagi menolak dakwaan RUM yang tidak melayan nitezen bagi tujuan menolak tomahan jahat yang dilemparkan kepada RUM.
Diharap penjelasan ini telah membuktikan RUM sentiasa mengambilberat setiap keluhan nitezen malah perjuangan RUM bukan sahaja untuk Pekerja/KTMB/Negara malah untuk semua rakyat malaysia khususnya pengguna perkhidmatan KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
07 April 2017
Home »
» KERANA KOPI RUM MAHU MENUMBANGKAN KERAJAAN
KERANA KOPI RUM MAHU MENUMBANGKAN KERAJAAN
Jumaat, April 07, 2017