Semalam RUM menyarankan buat kajian tentang kedudukan Pengurus Besar, hari ini RUM menyarankan keperluan kumpulan Eksekutif dari Pengurus Kanan sehingga Eksekutif biasa mengikut keperluan dan kehendak KTMB itu sendiri.
RUM menyedari dalam tempoh 5 tahun kebelakang kenaikan pangkat dari kumpulan Eksekutif sehingga Pengurus Kanan termasuk jawatan "MEMANGKU" begitu rancak diadakan, adakah keperluan ini mengikut justifikasi keperluan kerja serta memenuhi kehendak carta organisasi.
RUM merasa kuatir bila pertambahan berlaku tanpa mengikut justifikasi yang tepat, mengikut prosedur yang betul maka akan berlaku limpahan pegawai kumpulan eksekutif sehingga tidak seimbang dengan jumlah kumpulan bukan eksekutif, sekiranya ini benar berlaku maka akan berlaku pembaziran tenaga kerja malah pengaturan pekerjaan juga akan berlaku serta bertindih, yang paling ketara adalah implikasi kewangan KTMB tanpa ada peningkatan priduktiviti.
Justeru itu satu kajian menyeluruh bagi memastikan setiap jabatan membuat kajian semula pembentukan carta mengikut kehendak organisasi.
Jabatan Modal Insan sebagai Pembekal Tenaga Kerja perlu melihat keseimbangan ini agar tidak wujud lebihan kumpulan eksekutif, kegagalan dalam merencana dengan betul dan tepat tanpa mengunakan tenaga manusia secara maksima akan menghakibatkan pembaziran.
Apa yang RUM lihat kawalan wang hanya menjerumuskan kepada kerja-kerja lebih masa dan kerja-kerja yang melibatkan kepentingan kumpulan ekselutif, seolah-olah pekerja bukan eksekutif yang mewujudkan pembaziran tanpa melihat pembaziran sekiranya berlaku adalah berpunca dari kelemahan perancangan.
Justeru dengan kehadiran bakal Presiden Baru KTMB, adalah wajar satu semakan dan rombakan secara keseluruhan melalui carta organisasi bagi memastikan tiada lobang yang boleh mencetuskan pembaziran, khususnya dari sudut lebihan kumpulan eksekutif.
RUM dengan niat ikhlas dalam pembaikpulihan KTMB perlu melihat kelemahan asas sebelum langkah seterusnya dapat dilakukan, pihak RUM sedar ada pihak tertentu tidak mengikut justifikasi yang telah ditetapkan sehingga kewujudan kelemahan perancangan dari sudut lebihan kumpulan eksekutif.
Tindakan RUM menyuarakan pandangan ini bagi memastikan SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
19 April 2017
Home »
RNAA
» SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, TOLAK RNAA -
PRESIDEN KTMB BARU:
KAJI JUMLAH KEPERLUAN EKSEKUTIF
SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, TOLAK RNAA - PRESIDEN KTMB BARU: KAJI JUMLAH KEPERLUAN EKSEKUTIF
Rabu, April 19, 2017
RNAA
Related Posts:
WAHYU ANTARA PUNCA MASALAH KTMB PENYELESAIANNYAMasalah yang berlaku adalah wahyu, kebiasaannya wahyu dalam KTMB datangnya dari Kementerian Pengangkutan, banyak cara yang digunakan, ada melalui proposal syarikat disokong oleh wahyu diikuti oleh surat penolong wahyu sebagai… Read More
RNAA BENTONG DESTINASI KAMI!YB Menteri Pengangkutan wajar dipersalahkan! Tindakan merancang RNAA adalah menganiaya KTMB dan Pekerja! BENTONG 100% KAMI TARGET! KITA PASTIKAN MENTERI PENGANGKUTAN KECUNDANG PADA PRU 14! 300 majoriti.. kacang je... hahaha..… Read More
KENYATAAN FITNAHRUM dapat mesej ini dalam group Whatsapp RUM, ada kenyataan sebegini rupa, (RUM paparkan untuk tatapan umum di bawah kenyataan ini) bahawa kenyataan yang tersebar dalam banyak group whatsapp adalah satu kenyataan yang b… Read More
JIKA RNAA DILAKSANAKAN NANTIBila RNAA di laksanakan.. inilah kemahuan Kementrian Pengangkutan.. btol x? Kenyang company Abu, Atan & Ali..kroni? Ada 20 company tgh tggu ni.. MOT ape citer ni?… Read More
AYUH BANGKIT & SEDARLAHAssalamualaikum n Salam Sejahtera "AYUH BANGKIT & SEDARLAH" Bila ada admin remove (group whatsapp) ada yg marah.. ada yg merayu.. setakat membaca tapi tanpa sebarang komitmen... katanya memberi sokongan dan saya seorang … Read More