26 April 2017

PERJANJIAN BERSAMA KE 8 TOLAK RNAA PERMUDAHKAN PERTEMUAN DENGAN YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kita dapat faedah utama dalam tuntutan melalui Perjanjian Bersama yang ke 8 iaitu kenaikan Pelarasan Gaji sebanyak 13% yang akan di bayar bulan Apri 2017 manakala Gaji Minima RM 1200.00 berkuatkuasa Mei 2017. Syukur Alhamdulillah.

Namun adakah Perjanjian Bersama ke 8 ini yang "TERAKHIR?" Wallahualam.

RNAA adalah satu cabaran besar untuk semua warga KTMB, cabaran ini bukan sahaja menentukan KTMB itu Selamat atau Pekerja itu Selamat tapi "PERJANJIAN BERSAMA yang terbentuk selama ini hendaklah selamat, kalau "PERJANJIAN BERSAMA" gagal dapat diselamatkan maka faedah yang kita terima hari ini adalah "TERAKHIR" buat kita semua, tiada lagi "KUASA RUNDINGAN" tiada lagi "PEMBELA" nasib kita golongan "PEKERJA BUKAN EKSEKUTIF", kita tidak mampu lagi "BERSUARA" kita telah tenggelam, yang ada "YES BOSS" atau "PAK ANGGUK", apa sahaja yang ditawarkan terima sahaja, "DONT TELL NO!" kita tidak mungkin mendapat sebaik ini lagi malah faedah yang kita terima melalui Perjanjian Bersama akan terhapus maknanya "KOYAK JE LAH BUKU PERJANJIAN BERSAMA TU"

Apa yang kita terima, kita sebagai "HAMBA ALLAH" hendaklah "BERSYUKUR" pada yang memberi" "KITA UCAPKAN TERIMA KASIH", "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA", cuma jangan kita sesekali terleka, terlena, alpa dan terbuai mimpi yang indah, "MALAPETAKA" melalui "RNAA" sedang menanti, ayuh kita terus "BANGKIT" berjuang "TOLAK RNAA", Kementerian Pengangkutan pencetus utama, maka kita akan berhadapan dengan Kementerian Pengangkutan.

Hari ini kita seluruh Warga KTMB khususnya kami kepimpinan RUM menaruh "HARAPAN YANG TINGGI" kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA yang telah merestui pemberian faedah TERBAIK kepada semua kumpulan Bukan Eksekutif pekerja KTMB, kini kami memohon  YAB DATO SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA campur tangan dan sudi berjumpa KEPIMPINAN RUM, beri kami peluang menjelaskan "IMPLIKASI RNAA", kami yakin YAB DATO SERI PERDANA MENTERI dapat memberi ruang sedikit waktu kepada kami, nawaitu kami ikhlas berjuang demi "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA".

Semoga dan harapan kami untuk bertemu dengan YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA di permudahkan dan menjadi kenyataan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB