22 April 2017

Pengangkutan terbaik dunia: PM dinasihat jangan 'syok sendiri'

Walaupun kajian yang dijalankan World Economic Forum (WEF) meletakkan Malaysia di kedudukan ke-11 terbaik dunia dalam infrastruktur pengangkutan awam dan swasta, namun tinjauan dibuat  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendapati 48% pengguna tidak berhasrat menggunakan pengangkutan awam pada masa hadapan.

Malah kerajaan pimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menyedari bahawa kepuasan pengguna terhadap pengangkutan awam juga telah merudum sebanyak 13.95% berbanding tahun sebelumnya.

"Ini kerana majoriti rakyat merasakan bahawa kos pengangkutan adalah mahal dan tidak menepati masa mengikut jadual yang dipaparkan," kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.

Dalam perkembangan berkaitan Dr Dzulkefly menambah, kekhuatiran berlakunya penyelewengan dalam pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini semakin terasa dan beliau mendesak agar KTMB dan Kementerian Pengangkutan mendedahkan segera Laporan Tahunan KTMB bagi tiga tahun yang lalu.

"Ke mana perginya RM11.69 bilion wang rakyat dibelanjakan?" ujar beliau menyentuh peruntukan diberikan kerajaan untuk menaik taraf infrastruktur keretapi negara.

Sehubungan itu, beliau menasihati kerajaan Najib agar tidak 'syok sendiri' dan kembali kepada realiti kesusahan yang dihadapi rakyat pada hari ini.

Menurut beliau, komponen pengangkutan adalah penting dalam bakul Indeks Harga Pengguna (CPI) yang terkini melonjak ke paras 5.1% pada bulan Mac lalu -- tertinggi sejak 2008 yang mencatat CPI ke tahap 5.8%.

Dr Dzulkefly turut menyarankan kerajaan mengenakan kos pengangkutan yang berpatutan mengikut tahap bebanan ekonomi rakyat.

"Seperkara lagi segera dedahkan laporan tahunan KTMB dan jangan berdolak-daleh lagi," tegas beliau.

Sumber: malaysiadateline.com


Related Posts:

  • RNAA LAWAK BINGAI DULU teringin sangat pergi kL SEKARANG bekerja di KL.. kelakarkan... DULU nak kahwinSEKARANG dan kahwin... kelakarkan... DULU nak ucap terima kasih...SEKARANG nak ucap pegilah... kelakarkan... DULU kita kawan...SEKA… Read More
  • RNAA ROAD SHOW LEMBAH KLANG Terima kasih atas kehadiran Presiden MTUC, Setiausaha Agung MTUC, Presiden Uni Global sokongan kalian membakar semangat kami untuk terus berjuang. Terus bangkit terus berjuang, tiada rasa gentar demi mempertahankan KTMB &… Read More
  • RNAA ROAD SHOW SENTUL/KUALA LUMPUR & P.KLANG ROAD SHOW esuk 16/2/2017 jam 3 petang di Dewan NUBE Brickfield sangat menarik kerana menghimpunkan 3 buah cawangan serentak. Pihak RUM akan menerangkan mengenai Transformasi KTMB, RNAA dan implikasi RNAA kepada ahli-ahli … Read More
  • RNAA RNAA ABCDE itu katanya...Macam budak sekolah rendah diajarnya...Wa nak cakap..Lu cari makan...Pekerja jadi mangsa...Poraaaaahhhhhhhhh.....Dont think we stupid...Dont think when we friend...U can influence me...Dont try to b… Read More
  • 'Kau usik KTMB, RUM, langkah mayat aku dulu' Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) memberi amaran akan berkempen bagi menewaskan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada pilihan raya umum akan datang, sekiranya Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api … Read More