19 April 2017

BELASAH/ TEMPOH/PEMAHAMAN KEPADA BOARD MEMBERS

RUM bukan saja-saja nak belasah tanpa sebab, RUM juga tidak sengaja untuk beri sokongan, semua itu ada sebab dan alasan yang munasabah.

Dari segi sokongan prinsip RUM adalah menitikberatkan "keharmonian perusahaan" sentiasa akan memberi sokongan waima sokongan 100% demi kebaikan bersama berlandaskan saling hormat menghormati antara kedua-dua pihak mematuhi peruntukan yang sedia ada seperti Perjanjian Bersama, Akta 177 dan Akta 262.

Sekiranya bertentangan dengan mana-mana peruntukan yang ada atau dengan sengaja melanggar peruntukan yang ada atau cuba menganiaya mana-mana pekerja, menganiaya kepimpinan kesatuan maka ianya boleh mencetuskan pergeseran malah mewujudkan pertikaian.

Pihak RUM selalu memegang perkataan "tempoh" iaitu satu "tempoh yang munasabah" atau "tempoh matang" selepas tamat tempoh maka RUM samada akan memberi amaran, bertindak balas, ugutan seterus akan mengambil tindakan perusahaan.

Ramai yang tidak faham "tempoh", serupa juga dengan pambayaran kereta yang tidak dibayar melebihi 2 bulan 21 hari, selepas itu surat amaran menyusul n kemudian beberapa proses diikuti seterusnya kereta itu ditarik. Begitu juga dengan RUM maka tempoh ini diberi atau satu tempoh yang munasabah, sekiranya melepasi tempoh, janganlah "SALAHKAN RUM" sebab ruang masa yang munasabah diberikan agar ada perundingan mencari penyelesaian.

Siapa yang nak masalah, semua tidak mahu masalah, sebaiknya masalah itu diselesaikan di  meja rundingan, bila dimeja rundingan ada pihak memberi alasan mengarut, sengaja melengahkan atau seperti yang dijanji tidak ditunaikan maka mestinya pegawai RUM yang terlibat itu naik angin, kalau dia tak naik angin maka dia bukan pemimpin kesatuan atau mungkin dia telah diletakkan "di bawah pengaruh", mungkin ada yang tidak faham apa itu "di bawah pengaruh", kalau tak tau kenalah rujuk Akta.

Kehadiran seorang pemimpin kesatuan berdasarkan "lesen" yang dibenarkan melalui "pengiktirafan", kehadiran pemimpin kesatuan dalam mana-mana mesyuarat atau mana-mana yang mewakili kesatuan sekerja "bukan atas status pekerja", kehadirannya di bawah satu organisasi di bawah Akta 262 bukannya di bawah Akta 125 itu sudah cukup membezakan dua (2) organisasi yang berbeza.

Maka itu sudut kefahaman mengenai Akta pada yang terlibat perlu dihadamkan bukannya sesuka hati boleh buat sesuatu ikut rasa hati,  kerana negara kita ada undang-undang, maka undang-undang hendaklah dipatuhi bukannya mengunakan undang-undang rimba.

Justeru itu pada yang terlibat sebelum buat sesuatu dapatkan nasihat pakar perundangan tapi janganlah cari pakar perundangan yang tak faham mengenai Akta 177, Akta 262 dan Akta 125, kerana ramai yang pura-pura jadi pakar selepas itu bayar kos, yang untung orang yang ambil kesempatan.

Kepada Board Members faham dulu kenyataan ini, kenyataan terbuka nak bagitau Board Members bukannya semua dia bijak, setiap orang ada kelebihan dan kelemahannya, maka jangan buat silap sehingga tercetus pertikaian.

RUM cuma ingatkan saja...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB