12 April 2017

WAHYU ANTARA PUNCA MASALAH KTMB PENYELESAIANNYA

Masalah yang berlaku adalah wahyu, kebiasaannya wahyu dalam KTMB datangnya dari Kementerian Pengangkutan, banyak cara yang digunakan, ada melalui proposal syarikat disokong oleh wahyu diikuti oleh surat penolong wahyu sebagai surat makluman sokongan.

Yang menariknya penjawat awam akan menghubungi pegawai KTMB mendesak supaya diterima, manakala pegawai KTMB pula terpaksa akur, katanya "terpaksa tak boleh melawan arus".

Disinilah punca masalah bila pegawai KTMB sebagai "user" tidak bertegas mengikut kehendak KTMB, sebaliknya akur setiap arahan yang diterima walaupun berbentuk "verbal" @ "lisan", seolah-olah pegawai KTMB ini "dayus@bacul" tidak berani menyuara atau bertegas dengan kehendak berdasarkan keperluan KTMB itu sendiri maka yang jadi mangsanya adalah KTMB, malah implikasinya kepada pekerja bila sesuatu masalah atau rungutan berlaku dari nitezen, nitezen terus menyalahkan KTMB dan Pekerja.

Asas atau puncanya adalah dari Kementerian Pengangkutan itu sendiri yang tidak memperdulikan kehendak KTMB, adakala walaupun ada pegawai KTMB yang berani bertegas, pihak yang berkenaan tetap menggesa sehingga pegawai KTMB terpaksa menerima.

Biarpun dokumen telah dikeluarkan oleh KTMB berdasarkan kehendak KTMB namun desakan demi desakan agar dokumen atas kehendak KTMB itu akhirnya terpaksa dilonggarkan demi kehendak Kementerian Pengangkutan.

Inilah antara punca masalah yang berlaku dalam KTMB, bilamana Kementerian Pengangkutan campurtangan maka hasilnya pembelian jentera-jentera untuk KTMB tidak berkualiti hasilnya KTMB dan Pekerja dipersalahkan oleh nitezen.

Masalah begini juga menghakibatkan hasil pendapatan KTMB turut berkurangan.

Penyelesaian masalahnya ialah Kementerian Pengangkutan tidak perlu campurtangan dalam KTMB diserahkan semua kuasa kepada Kementerian Kewangan buktinya Prasarana yang tiada campurtangan Kementerian Pengangkutan berjaya berjalan dengan lancar malah Prasarana yang kerugiannya lebih tinggi dari KTMB tidak dicadangkan RNAA.

SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


Related Posts:

  • JOM TUKAR PROFILE! JOM TUKAR PROFILE! AYUH TOLAK AHLI PARLIMEN BENTONG! KECUNDANGKAN PADA PRU 14! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB… Read More
  • RNAA / RAC - RUM MENJAWAB KENYATAAN YB MOT DI TV 1, RUM MENCABAR YB MOT BERDEBAThttps://youtu.be/ndExR7Aflw8RNAA / RAC RUM MENJAWAB KENYATAAN YB MOT DI TV 1, RUM MENCABAR YB MOT BERDEBAT YB DATO SERI LIOW TIONG LAI MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA MERANGKAP PRESIDEN MCA/AHLI PARLIMEN BENTONG RUM berpendiri… Read More
  • Railway Access Network Agrreement (RNAA) idea paling bodohTanya dengan YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan, apa dia buat? Sebuk dengan Railway Access Network Agrreement (RNAA) idea paling bodoh dari seorang Menteri! Haprak punya Menteri! Dia ingat dia bijak! Menyusahka… Read More
  • Susah Senang Diharungi BersamaKita bergerak demi mempertahankan KTMB, kita bersama dengan SRUT, susah sama susah, senang sama senang, malah kita akan berusaha dari semua sudut untuk mempertahankan KTMB dari anasir-anasir yang berkepentingan. RUM berusaha … Read More
  • Hadiah Kalau ada faedah@pulangan $ atau hadiah waima "power bank berpasir" pasti ramai yang tolong@sokong, kalau RNAA ramai yang tidak mahu tolong@sokong, sebab tiada mendatangkan faedah@pulangan $ maupun hadiah apatah lagi tiada po… Read More