RUM telah pun menjelaskan dalam kenyataan-kenyataan sebelum ini bahawa pendirian RUM menyokong kepimpinan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.
Malah dari sudut organisasi RUM, RUM banyak terhutang budi dengan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, penganugerahan Bantuan Khas Hari Raya, Bantuan Khas Persekolahan kepada Penjawat Awam dipanjangkan kepada Pekerja KTMB, ianya bukan perkara baru tapi semenjak YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak menjawat jawatan Perdana Menteri, malah masalah yang berlaku melibatkan organisasi RUM, YAB Dato Seri Perdana Menteri turut membantu bagi menyelesaikan masalah yang berlaku, sebagai insan yang tahu membalas budi maka RUM sebagai organisasi Kesatuan Sekerja tetap akan membalas budi kebaikan yang diberikan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.
Persoalan yang berlaku hari ini adalah melibatkan Railway Network Access Agreement atau nama timang-timangannya RNAA, maka cetusan idea ini adalah datangnya dari Kementerian Pengangkutan yang diketuai YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia, RUM sendiri telah memaklumkan bahawa RNAA banyak implikasinya kepada KTMB, PEKERJA, RAKYAT dan NEGARA, pada dasarnya Kementerian Pengangkutan tetap ingin meneruskan hasrat ini yang boleh meranapkan KTMB/PEKERJA malah organisasi RUM itu sendiri.
RUM tidak pernah menyalahkan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia maupun Kerajaan Malaysia kerana RUM sedar maklumat yang disampaikan kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak hanya dari aspek positifnya tapi tidak dari sudut implikasinya, maka pasti YAB Dato Seri Perdana Menteri menyetujuinya, tak kan lah YAB Dato Seri Perdana Menteri nak buat kerja ini semua, maka tanggungjawab berkenaan adalah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan, kalau semua YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak nak buat, baik bubarkan Kementerian Pengangkutan.
Dalam siri "ROADSHOW" ke seluruh cawangan RUM dengan tegas mengatakan bahawa RUM tidak pernah menyalahkan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia mengenai RNAA malah dalam Roadshow RUM semua ahli-ahli RUM tetap melahirkan sokongan kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri namun dalam aspek RNAA kami tidak akan "compromise" dengan YB Menteri Pengangkutan beliau yang perlu bertanggungjawab mengenai perkara ini sewajarnya kesalahan perlu diletakkan kepada YB Dato Seri Menteri Pengangkutan dan tindak balas RUM adalah turun padang di Parlimen Bentong untuk memastikan Ahli Parlimen Bentong tumbang pada Pilihanraya nanti.
Takkan sebagai pemimpin organisasi RUM sanggup membenarkan organisasinya tumbang atau melihat pekerja dibuang kerja atau Syarikat yang disayangi KTMB yang memberi rezeki kepada pekerja yang telah bertapak 130 tahun yang lalu tersembam ke bumi, dimana amanah kami, tanggungjawab kami untuk mempertahankan, dayuslah kami kepimpinan RUM sekiranya membenarkan, takkanlah keruntuhan RUM/PEKERJA DAN KTMB menjadi sejarah yang kami kepimpinannya gagal mempertahankan, di mana maruah kami selaku seorang pemimpin.
Maka itu pendirian RUM jelas bahawa kita tidak berniat sama sekali menjatuhkan Kerajaan, kami menyokong penuh kepimpinan YAB Dati Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang kami bertindakbalas adalah terhadap YB Dato Seri Liow Tiong Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bentong sebagai peneraju Kementerian Pengangkutan yang nencetuskan idea RNAA sehingga beliau kecundang dalam Pilihanraya 14 akan datang.
Maka dengan penjelasan ini, telah menjawab kenyataan dari blogger berkenaan, kerana kenyataan beliau "berniat jahat" untuk mencemarkan imej RUM sebagai sebuah organisasi yang telah wujud lebih dari 50 tahun yang lampau.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
08 April 2017
KERANA KOPI RUM MAHU MENJATUHKAN KERAJAAN (AKHIR)
Sabtu, April 08, 2017
RNAA