15 April 2017

ADAKAH LEMBAGA PENGARAH KTMB KEKAL BILA RNAA DIIMPLEMENTASIKAN?

RUM melihat dari sudut implikasi RNAA bukan sahaja dari Pengurus Besar KTMB, kumpulan Eksekutif KTMB dan kumpulan bukan Eksekutif KTMB tapi kedudukan semua Lembaga Pengarah KTMB termasuk sub committee Lembaga Pengarah KTMB.

Keperluan jawatan dalam Lembaga Pengarah KTMB dan Sub Committee Board KTMB akan dikecilkan malah Sub Committee Board sendiri tidak perlu banyak malah ada yang perlu dibubarkan berdasarkan skop awal pelaksanaan jangka pendek RNAA tidak memerlukan jumlah Ahli Lembaga Pengarah yang ramai malah Sub Committee Board yang ada kini perlu dibubarkan kerana fungsi sub committee tidak wujud lagi.

Dari sudut jangka sederhana kewujudan Lembaga Pengarah KTMB tidak wujud sama sekali kerana KTMB telah pun tersembam.

Disinilah sewajarnya semua Lembaga Pengarah memainkan peranan Selamatkan KTMB, walaupun khidmat Lembaga Pengarah berdasarkan kontrak tapi peranannya adalah sangat besar bagi kesinambungan pengoperasian KTMB itu sendiri kecuali Lembaga Pengarah KTMB yang mempunyai kepentingan diri akan membenarkan RNAA dilaksanakan kerana semangat jati diri mempertahankan KTMB tiada apatah lagi semangat "darah keretapi" tidak wujud selain sekadar "aku hanya pekerja kontrak".

RUM yakin bahawa Lembaga Pengarah KTMB mampu mempertahankan KTMB, tidak ada sifat-sifat negatif seperti yang RUM nyatakan, perlu diingat amanah dan tanggungjawab kepada organisasi hendaklah diutamakan, sekiranya gagal, anda akan dipersoalkan dihari kemudian kelak.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB