06 April 2017

KOPI O KAW (CERITA SANTAI PAGI INI)

Pagi-pagi ni pekena kopi secawan memang best, macam kata pak cik deputy... kalau tak de kopi kaw memang rasa lain macam, masa pergi outstation baru-baru ni, pak cik deputy kalau singgah mana-mana pun tetap dengan ordernya... "kopi o kaw 1".

Sampai admin pun terpengaruh nak "kopi o kaw"... tapi tak mainlah kopi 3 in 1... tak de taste langsung...

Bila pergi minum satu restoran.. yang kita order... adeiiii... punya lambat sampai.... rasa macam nak naik angin... tapi tak naik angin pun... sebab marah-marah pun tak guna... so kita borak-borak... lambat  minum pun bukannya boleh mati... tak delah sampai nak maki-maki... nak tulis dalam facebook... cuma gi kat kaunter... bagitau... "saya punya order belum sampai" tu sahaja...  sebab kita ada cara yang sesuai untuk berhemah, apatah lagi budaya kita sebagai orang melayu... tak lama lepas tu kopi o kaw pun sampai... taukey dia cakap... "sorry boss".. kita jawab... "its ok"...

Lepas tu kita pun minum kopi o kaw... dengan hati yang sejuk... nyaman.. menikmati kopi o kaw yang sedap sekali tanpa ada rasa marah-marah...

Tiada ego dalam diri.. yang penting kita kena sabar gunakan cara berhemah...

Nikmatnya "kopi o kaw"... tkasih pak cik intro kopi o kaw... terlupa lak nak minum "tea tarik" sekarang ni... hehe

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

*Cerita ini tiada kena mengena dengan mana-mana pihak samada hidup atau mati hanya sekadar pengalaman admin.


Related Posts:

  • Jangan Terperangkap Dengan Undang-undang Rimba Akhirnya seorang ahli RUM yang terpengaruh dengan Suara - suara sumbang yang tidak tahu situasi sebenar, tidak memahami peruntukan undang-undang dan tidak mempercayai RUM, menghadiri "Domestic Inquiry" akhirnya gugur denga… Read More
  • RUM: Presiden KTMB 'bunuh' kesatuan, PM perlu campur tangan Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campurtangan berhubung isu pemecatan 11 anggotanya yang berpiket pada 9 Mei lalu. Katanya, tindakan p… Read More
  • RUM hilang fokus? Presiden KTMB nampak satu hala kononnya RUM telah hilang fokus dengan menumpu kemelut ini, tapi RUM tak pernah lupa n hilang fokus. Permainan makin rancak... (Tersirat) Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB … Read More
  • RUM mahu debat Presiden KTMB jelas 9 pekerja dipecat Oleh: AFIX REDZUAN - Selangorkini KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) mahu debat diadakan antara kesatuan itu dengan Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Elias Kadir menjelaskan seb… Read More
  • PERKUKUHKAN KEKUATAN Semua ahli-ahli RUM bawa bertenang, pihak ibu pejabat sedang berusaha menyelesaikan kemelut ini dengan kadar segera, tidak semua pergerakan kesatuan boleh dipaparkan dalam Wall Suara RUM. Perkukuhkan kekuatan dan perpad… Read More