RUM menyedari satu kelemahan pengurusan KTMB ialah kegagalan menyusun "job" spesifikasi dari jawatan tertinggi sehingga jawatan bukan eksekutif, dalilnya pihak pengurusan tidak mampu menunjukan kepada RUM mengenai "job" spesifikasi keseluruhan pekerja yang tepat malah juga gagal menunjukan kepada RUM carta organisasi sepenuhnya.
Penyusunan "job" spesifikasi yang bercelaru telah mewujudkan pertindihan kerja serta gagal menyelaraskan kerja-kerja secara betul malah mewujudkan kecelaruan tugas.
"Job" spesifikasi adalah sangat penting bagi memastikan penyusunan tugas bagi sesuatu individu pekerja seterusnya menjadualkan kerja pekerja mengikut garis masa yang ditetapkan bagi mengelakkan pembaziran.
Punca dari "job" spesifikasi yang bercelarulah maka kedudukan ketidakseimbangan jawatan antara eksekutif dan bukan eksekutif, bila ini berlaku maka carta organisasi tidak mampu dibentuk dengan kemas maka akan mewujudkan kepincangan organisasi. Sehingga ni selain dari kelemahan yang ada dan kekekangan kewangan masalah yang turut dikenalpasti adalah kegagalan mewujudkan "job" spesifikasi sehingga "carta organisasi" secara menyeluruh, difahamkan ianya "gagal diwujudkan" kalau ada masih tidak lengkap sepenuhnya, RUM rasa hairan peranan dan tanggungjawab consultant yang dilantik apabila setiap kali Presiden Baru hadir tidak dapat menyusun struktur "job" spesifikasi termasuk carta organisasi yang boleh dianggap cacamerba atau mungkin consultant menilai dari sudut lain. Kecelaruan berlaku disetiap jabatan KTMB.
Justeru itu secara asasnya untuk membetulkan perancangan dan hala tuju organisasi maka pembentukan asas perlu dikemas kini agar urusan pentadbiran tidak cacamarba kerana implikasinya kepada keseluruhan organisasi.
RUM secara ikhlas melahirkan pandangan ini demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja, pemberitahuan ini adalah satu pandangan dari kacamata RUM untuk bakal Presiden KTMB mengetahui serba sedikit kelemahan yang berlaku.
Sejujurnya setiap Presiden KTMB yang memasuki KTMB telah dimaklumkan kelemahan ini, agar diperbetulkan tapi dukacitanya ianya tidak berlaku kerana fokus kepada Presiden KTMB adalah mencari peluang perniagaan atau mengerakkan operasi tetapi gagal memperbaiki kelemahan asas, maka KTMB akan berterusan terlibat dengan pembaziran masa dan wang serta gagal meningkatkan produktiviti sebaliknya KTMB secara berterusan dirundung malang.
Harapan RUM kepada bakal Presiden KTMB mampu melihat semua ini, walaupun RUM menyedari bukan sesuatu yang mudah untuk dibetulkan kerana "tekanan banyak pihak" dalam masa yang sama pergerakan operasi perlu ditingkatkan.
Walaupun kenyataan ini hanya secara ringkas tapi kalau diperhalusi maka banyak punca kelemahan dari sini bermulanya pembaziran, seperti pihak RUM katakan bahawa aspek mengurangkan perbelanjaan pada asasnya bermula dari sini dan bukannya kepada aspek-aspek lain sehingga pemotongan air kuarters KTMB berlaku, bukannya dari aspek pemotongan kerja lebih masa, kegagalan pembayaran hutang tertunggak kepada klinik panel sehingga produktiviti merosot dan lain-lain, walaupun RUM tidak menolak ianya sebahagian dari penjimatan kos atau strategi pengurusan kewangan.
Asas kelemahan penyusunan struktur organisasi menjadikan masa terbuang serta kegagalan menyusun satu jadual kerja mengikut pengeluaran produktiviti, sekiranya dibetulkan maka penyusunan kerja lebih teratur, tenaga kerja boleh digunakan secara maksima, pengambilan pekerja baru dapat dielakan malah kenaikan pangkat yang tidak perlu berjaya dikurangkan, kerja luar yang lebih bersistematik maka banyak kos pengeluaran wang dapat dijimatkan, produktiviti mampu meningkat, pembaziran dapat dielakan, secara otomatis kerja lebih masa yang wujud berdasarkan keperluan sahaja tanpa "terpaksa" menyekat kerja lebih masa.
Persoalan RUM adakah pengurusan tertinggi KTMB tidak sedar atau cuba menyorok mengenai perkara ini? Justeru itu maklumat ini disampaikan kepada bakal Presiden KTMB, yang pihak RUM tidak tahu siapakah gerangannya, mudah-mudahan bermulanya pemulihan KTMB dengan melihat perkara asas terlebih dahulu termasuk faedah kumpulan eksekutif dan bukan eksekutif kepada lebih baik bagi memastikan peningkatan produktiviti terus meningkat walaupun aspek-aspek tertentu yang dilakukan kini melalui penjimatan kewangan dikurangkan kononnya berjaya tapi sebenarnya hanya dari satu sudut iaitu akaun yang cantik tapi tidak dari sudut peningkatan produktiviti.
Diulangi kenyataan ini adalah sangat ringkas tidak secara terperinci kerana ianya berbentuk kenyataan terbuka, secara tersiratnya boleh dikaji dan diteliti secara mendalam bagi mengenalpasti maksud tulisan ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
20 April 2017
Home »
» SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA (Pt 3)
PRESIDEN KTMB BARU
"JOB" SPECIFIKASI
SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA (Pt 3) PRESIDEN KTMB BARU "JOB" SPECIFIKASI
Khamis, April 20, 2017