Dari kacamata RUM, sekadar pandangan dan pengalaman selama 20 tahun menjawat Presiden RUM, maka RUM dapat sedikit sebanyak pengetahuan, pembelajaran serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang wujud.
Antara kelemahan besar adalah dari Pengurusan itu sendiri, RUM tidak berhasrat menjelaskan secara detail diruang terbuka ini, cuma tidak menafikan bahawa antara punca kewujudan RNAA adalah berpunca dari kelemahan pengurusan manakala Kementerian Pengangkutan "mengambil kesempatan" mewujudkan RNAA kononnya satu alternatif di bawah Plan Transformasi sedangkan banyak ruang lain yang boleh diperbaiki untuk pemulihan KTMB.
Dari sudut Industri Perkeretapian bukan semua orang mempunyai kemahiran, kecuali mereka benar-benar berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang industri perkeretapian, tidak dinafikan KTMB kehilangan tenaga "experties" kerana peluang-peluang kerja diluar KTMB banyak, ada yang berhenti kerana tidak berpuas hati dengan Presiden KTMB, ada yang bersara dan ada yang menerima tawaran luar kerana tawaran yang lebih baik berbanding dengan faedah yang diterima dalam KTMB, kecuali yang masih setia dengan KTMB terus kekal atau yang tidak berpeluang disebabkan tahap "experties" masih di bawah keperluan sebenar.
Namun hari ini Pengurus Besar KTMB yang ada hanya segelintir yang boleh dikatogerikan "experties" yang lain RUM menilai ianya tidak wajar dikatogerikan "experties" malah kewibawaan, keupayaan,kepimpinan boleh dianggap lemah dan boleh dipertikaikan.
Mungkin kenyataan ini terlalu drastik malah akan memalukan banyak pihak, bagi pihak RUM, walaupun pahit ianya terpaksa diluahkan, kenyataan yang mengatakan bahawa Pengurus Besar KTMB ini lemah bukan sahaja kenyataan dari RUM tapi selari dengan kenyataan-kenyataan mantan-mantan Presiden KTMB termasuk penjawat awam tertinggi di MoT dan MoF.
Satu ketika RUM sendiri mempertahankan semua Pengurus Besar KTMB, malah pihak Kementerian Kewangan mencadangkan kewujudan jawatan Naib Presiden KTMB, RUM membantah dan menolak berdasarkan ketika itu ramai dikalangan Pengurus Besar KTMB adalah golongan "experties", namun hari ini malah dalam pertemuan dengan MoT n MoF, RUM sendiri bersependapat dan melahirkan persetujuan mewujudkan jawatan Naib Presiden KTMB, persetujuan ini berdasarkan penilaian RUM terhadap Pengurus Besar KTMB demi Selamatkan KTMB, Selamatkan Pekerja.
Tidak dinafikan masih ada yang dianggap "experties", tidak perlu RUM menghightlightkan mereka, demi kebaikan KTMB satu penilaian semula terhadap semua Pengurus Besar KTMB perlu dilakukan dari segi "qualification", pengalaman, KPI, kepimpinan dan semua sudut hendaklah dilakukan.
Beri tawaran baru kepada semua penyandang jawatan Pengurus Besar KTMB dengan jawatan "Naib Presiden" dengan "Kontrak 2 Tahun" serta faedah yang lebih baik berdasarkan "experties", manakala dikalangan Pengurus Besar yang tidak melepasi kelayakan perlu di beri VSS, kerana KTMB perlu golongan yang benar-benar berkelayakan.
Pengisian kekosongan jawatan Naib Presiden yang dikosongkan hendakah dibuka melalui pengiklanan dengan tawaran yang lebih menarik, "experties" dari luar negara melalui bidang industri perkeretapian hendaklah diutamakan, sekiranya ini dapat dilakukan, KTMB mungkin boleh mencorak satu langkah yang baru, kerana jawatan Naib Presiden secara kontrak lebih mencabar berdasarkan tempoh perkhidmatan kontrak dua (2) tahun boleh disambung semula mengikut penilaian prestasi (KPI).
Perkongsian ini juga untuk makluman bakal Presiden KTMB agar sedikit gambaran mengenai pengurusan KTMB, agar mungkin Presiden KTMB yang baru nanti boleh mengambil perhatian dan menilai pandangan dari kacamata Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Coretan ini juga adalah satu pandangan ikhlas dari RUM berdasarkan pemerhatian RUM dari sudut pengurusan tertinggi, malah pandangan ini bertujuan untuk menolak RNAA, demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
18 April 2017
Home »
RNAA
» SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, TOLAK RNAA.
PRESIDEN KTMB BARU.
NAIB PRESIDEN KTMB.
SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, TOLAK RNAA. PRESIDEN KTMB BARU. NAIB PRESIDEN KTMB.
Selasa, April 18, 2017
RNAA
Related Posts:
DEDAH ISI KANDUNGAN MOU PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) DENGAN ASIA FREIGHT RAIL SDN BHD SEGERAKenyataan Media 28 Mac 2017 DEDAH ISI KANDUNGAN MOU PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) DENGAN ASIA FREIGHT RAIL SDN BHD SEGERA Saya mengambil maklum kenyataan media semalam yang dikeluarkan oleh Aziz Kaprawi selaku Timbalan Ment… Read More
BAGI MENJAWAB KENYATAAN YB TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN TIADA PEKERJA KTMB DIBUANG KERJA Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang bersidang pada 27hb Mac 2017 telah mengambil ketetapan untuk menjawab kenyataan akhbar YB Timbalan Menteri Pengangkutan, pihak Kesatuan akan menjawab satu persatu kenyataan beliau bagi menjel… Read More
KENYATAAN NEGATIFIni lagi satu kenyataan yang tidak buat "home work" atau membaca penulisan RUM sejak awal lagi, terus membuat komen negatif. Saya nasihatkan penulis ini sebelum buat sebarang kenyataan adalah diharapkan buat satu kajian yang … Read More
COPY PASTE DARI GROUP WHATSAPP DIMAKLUMKAN KENYATAAN DARI PEGAWAI KHAS KEMENTERIAN PENGANGKUTAN.COPY PASTE DARI GROUP WHATSAPP DIMAKLUMKAN KENYATAAN DARI PEGAWAI KHAS KEMENTERIAN PENGANGKUTAN. BAGI KEADILAN PIHAK KEMENTERIAN PENGANGKUTAN RUM PAPARKAN UNTUK DIKONGSI DALAM SUARA RUM. Sekarang ni, apa yang kepimpinan RUM l… Read More
We are not politician! We are UNIONIST!RUM tenguk cyber fake akaun macam Sofea Azzahra dan lain-lain penulis atau copy paste dan macam budak-budak kata pegawai khas MoT, RUM tak profesional, haha... lawak.. lawak.. hantarlah cyber kau orang berapa ramai pun,… Read More