Ramai yang mesej RUM mengenai kehadiran Presiden Baru KTMB malah pegawai-pegawai RUM juga bertanya, betulkah ada Presiden KTMB baru, malah ada pihak kementerian pun bertanya siapakah gerangannya?
Suka RUM jelaskan, adalah benar RUM juga turut mendengar khabar akan ada kehadiran Presiden KTMB yang baru, namun RUM tidak ada kepastian siapakah gerangannya, cuma RUM dapat rasakan bahawa kehadiran Presiden KTMB yang baru ini bukannya datang dari KTMB.
Tidak kesahlah siapa pun Presiden KTMB, bagi pihak RUM kita mengalu-alukan kehadiran Presiden KTMB yang baru malah akan memberi kerjasama yang baik dari aspek "Keharmonian Perusahaan", kita sentiasa mengharapkan hubungan yang baik demi kepentingan KTMB dan Pekerja.
Harapan RUM kepada Presiden KTMB agar benar-benar ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab, malah berusaha sedaya upaya memulihkan KTMB serta berpendirian Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
RUM juga berharap bahawa Presiden KTMB yang baru seorang yang berani untuk menolak RNAA kerana KTMB berkemampuan melakukan semua kerja-kerja yang dicadangkan melalui RNAA malah kos yang dilakukan oleh KTMB jauh lebih murah berbanding dengan apa yang dicadangkan melalui RNAA. Presiden KTMB juga mesti berani mempertahankan kehendak KTMB (user), bukannya kehendak mana-mana pihak, sekiranya mengikut kehendak mana-mana pihak maka KTMB tetap akan bermasalah seperti apa yang berlaku hari ini.
Harapan RUM, Kerajaan bersedia membantu Presiden KTMB yang baru bagi mempermudah cara untuk memulihkan KTMB, yang penting Presiden KTMB yang baru ini akan lepas dari campurtangan Kementerian Pengangkutan, selagi campurtangan Kementerian Pengangkutan berlaku, siapa pun Presiden KTMB akan mengalami masalah dalam kegagalan untuk memulihkan KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
17 April 2017
Home »
» PRESIDEN KTMB BARU
PRESIDEN KTMB BARU
Isnin, April 17, 2017
Related Posts:
KENAIKAN TAMBANG KOMUTER https://en.wikipedia.org/wiki/KTM_Komuter RUM akan memberi sokongan penuh sekiranya kerajaan menaikan harga tambang Komuter. RUM juga akan pertahankan keputusan kerajaan sekiranya bersetuju menaikan tambang komuter. … Read More
PERBEZAAN PENJAWAT AWAM DENGAN PEKERJA SWASTA foto google Penjawat Awam "MAJIKAN" nya adalah Kerajaan ianya tertakluk dengan "PERINTAH AM"(General Order). manakala; Pekerja Swasta "MAJIKAN" nya adalah "EMPUNYA SYARIKAT" atau "TAUKEY" atau "PEMILIK SYARIKAT" ter… Read More
Gaji rendah kerana kesatuan lemah, kecil OLEH SHERIDAN MAHAVERA Published: 4 April 2015 9:00 AM Themalaysianinsider.com Kebergantungan negara kepada pekerja asing yang makin meningkat menyumbang kepada pengurangan ahli persatuan pekerja yang penting kerana ia … Read More
Kenyatan akhbar Majlis rangkaian kesatuan sekerja antarabangsa malaysia … Read More
OUTSORCE (KEPERCAYAAN) Tuan Haji Sarbini Tijan kini Presiden KTMB malah seorang "WARGA KTMB" maka pihak yang bertanggungjawab mengenai KTMB perlu memberikan kepercayaan kepada Presiden KTMB dalam merealisasikan hala tuju KTMB. Perubahan demi … Read More