15 Mac 2014

Business Plan Part 6

Surat Kesatuan Kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dipaparkan untuk tatapan umum, bertarikh 10 Mac 2014.

BUSINESS PLAN AND KTMB TRANSFORMATION RETREAT

Dengan segala hormatnya, saya bagi pihak Majlis Eksekutif, Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan kepada pihak kesatuan untuk menghadiri program seperti perkara di atas.

Pihak kami berbangga dan sangat berbesar hati menerima jemputan berkenaan, malah sentiasa akan berusaha untuk memberi kerjasama dalam semua aspek penganjuran KTMB khususnya dari YB Dato’, apatah lagi ianya satu perancangan yang sangat baik, bagi memastikan KTMB berjaya dipulihkan, pihak kesatuan sentiasa mengalu-alukan setiap usaha untuk menambahbaikan KTMB.


Dukacitanya pihak kesatuan tidak dapat menghadiri program yang dijadualkan, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang telah memutuskan sebarang program yang melibatkan kehadiran Presiden KTMB, pihak kesatuan tidak akan menghadirkan diri, surat kesatuan kepada YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak bertarikh 13hb Februari 2014, bil (50) dlm RUM 082, di bawah perkara “Kegagalan Presiden KTMB Datuk Elias Kadir”, yang turut disesalinankan kepada YB Dato’ memberi pengertian. Keyakinan kami pada Presiden KTMB untuk meneruskan usaha-usaha membaikpulih KTMB telah hilang, malah mengandaikan selagi Datuk Presiden KTMB terus menerajui KTMB, buat apa pun, kami hanya nampak usaha itu tidak akan menjadi, yang akhirnya segala usaha itu hanya sia-sia dan akan terus menjerumuskan kerugian kepada KTMB.

Pihak kesatuan akan menghadiri program-program yang akan datang, pada ketika Presiden KTMB telah ditamatkan perkhidmatan.

Sehubungan dengan itu, kami bagi pihak Majlis Eksekutif, mengucapkan tahniah atas usaha YB Dato’ dan berharap program berjalan dengan suksesnya.

Ikuti episod seterusnya...

Related Posts:

  • Business Plan Part 9 Harapan Dan Cabaran Pengerusi Dalam pengetahuan RUM, satu-satunya Pengerusi KTMB semenjak pengswastaan pada tahun 1992 yang turun padang serta melaksanakan program Business Plan! malah kini YB Dato Pengerusi lebih ker… Read More
  • Business Plan Part 10 ADILKAH KEPADA YB DATO PENGERUSI? Kalau ikut kebiasaannya Pengerusi KTMB jarang-jarang turun padang kecuali dalam majlis tertentu sahaja, lebihnya dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah atau di Pejabat Lembaga Pengarah KTMB, … Read More
  • Business Plan Part 7 KEWAJARAN Sesuatu yang pelik/luarbiasa/lucu berlaku, bila perancangan dibuat melalui Business Plan untuk tahun 2014 dibuat 2 kali, satu dianjurkan oleh Presiden KTMB, satu lagi dianjurkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah… Read More
  • Business Plan Part 8. Apakah Business Plan ke 2 mampu mencapai apa yang diharapkan? Dari pemerhatian RUM, Business Plan yang dicetuskan idea oleh YB Dato Pengerusi adalah baik, walaupun RUM tidak melibatkan diri, RUM berkeyakinan bahawa YB D… Read More
  • Business Plan Part 11 (akhir) KONKLUSI (13 Dalil) 1. Business Plan kali kedua bagi tahun 2014 anjuran Yb Dato Pengerusi sebagai pembuktian kegagalan Business Plan Pertama yang dianjurkan oleh Datuk Presiden KTMB. 2. Pembuktian bahawa Yb Dato Peng… Read More