10 Mac 2014

MH 370: RASA SIMPATI DARI RUM YANG JUGA GABUNGAN ITF.

RUM merasa terpanggil untuk menyatakan rasa sedih dan simpati yang amat sangat atas kehilangan MHS 370. Dari awal ianya berlaku, RUM tidak berbicara mengenai kejadian berkenaan, walaupun RUM berhak berbuat demikian atas platform International Transport Federation yang beribupejabat di London yang RUM telah menjadi gabungan sejak penubuhan RUM.

Macam macam spekulasi, cerita, kemungkinan, andaian dan dogengan dibaca, didengari dan dibualkan, termasuk juga tuduhan dan tomahan, RUM hanya mendiamkan tanpa bicara. Kerana RUM bukanlah expert bidang berkenaan, walaupun RUM juga mampu membuat sebarang andaian dan kemungkinan, bagi nak menyeronokkan suasana atau berkeinginan mengecapi suasana glamour atau semata-mata untuk menunjukkan kehebatan.

Pada RUM biarlah pihak yang lebih bertanggungjawab menjalankan tugas, kerana mereka lebih arif, lebih bijak, lebih berkemahiran dibidang berkenaan.


RUM sebagai gabungan INTERNATIONAL TRANSPORT FEDERATION (ITF), ingin melahirkan rasa simpati yang amat sangat khususnya kepada krew MH 370, semua penumpang dan semua keluarga yang terlibat harap tabah dalam menghadapi saat ini. 

Warga RUM mendoakan agar kerja-kerja pencarian kehilangan MH 370 dapat ditemui segera, ketabahan setiap individu yang terlibat dalam pencarian MH 370, semoga keluarga yang terlibat tabah dalam menghadapi suasana ini. Kami warga RUM dapat merasakan perasaan anda semua, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Datuk Presiden KTMB Perosak KTMB Presiden R.U.M. Kepada Datuk Elias Kadir Presiden KTMB Kami Pegawai Utama RUM ingin menegaskan bahawa sekelumit pun kami tidak rasa gentar dan takut! Kami sekali dah isytihar perang, bermaksud kami pemimpin RUM yang t… Read More
  • SURAT PADA YAB PM Surat kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia memohon Bantuan Khas Aidil Fitri sebanyak RM 500.00 kepada penjawat awam hendaklah dipanjangkan kepada pekerja KTMB telah pun dihantar pada… Read More
  • Yang benar itu di sokong, yang salah itu di sanggah! Sokongan solidarity dari SAHABAT - SAHABAT RUM, bertali arus... Tkasih Sahabat... Terus memberi semangat kepada kami! KITA BERSAUDARA!  SYUKUR ALHAMDULILLAH!  RUM… Read More
  • Kita serupa Apa pun warna yang ada.. Kita adalah warga KTMB.. Dengan satu matlamat... Perkhidmatan Sosial Untuk Rakyat.. Kita bangga... Andai kita bersama... KTMB pasti... Kembali.. Ke Zaman Kegemilangannya... In Syaa Allah Kenyataa… Read More
  • Cerita bersahur pagi ini. Assalamualaikum dan selamat bersahur.. Cerita bersahur pagi ini. Perbandingan 7 perkara yang mana lebih baik! (Banyak lagi kalau nak di highlightkan) Datuk Presiden KTMB 1. Kadar gaji diantara RM 40,000-RM60,000 seb… Read More