27 Mac 2014

PEKELILING 1

RUM tertarik dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh GM TMOD dan sesalinan kepada Presiden KTMB bertarikh 27 Mac 2014, tanpa perkara..

Pekeliling yang dikeluarkan adalah sangat dialu-alukan, kerana pekeliling ini digambarkan tersangat baik bagi menjaga kepentingan perkhidmatan dan pengguna, malah pekeliling yang dikeluarkan adalah prosedur biasa yang sepatutnya dilaksanakan oleh semua pihak.





Menjadi kejutan kenapa pekeliling ini dikeluarkan sekarang dan berkuatkuasa pada 29 Mac 2014.

Adakah selama ini prosedur berkenaan terabai dan tidak dilaksanakan?

Persoalan yang menarik ialah para 4.3 pematuhan, antara lain sekiranya gagal tindakan tatatertib boleh diambil kepada kalitangan sehingga dibuang kerja.

Pekeliling ini ditujukan kepada siapa? Untuk apa dan mengapa?

RUM ingin bertanya pada Datuk Presiden KTMB:-

1. Adakah semua alat ganti telah disediakan?
2. Adakan semua PGC, Lokomotif, Koc dan lain-lain dalam berkeadaan baik?
3. Senaraikan semua di para 2 soalan ini, yang telah overdue telah dibaikpulih?
4. Siapa yang bertanggungjawab dalam merancang, membekal dan mencari alat ganti ?
5. Siapa yang bertanggungjawab meluluskan pembelian alat ganti?
6. Siapa yang dipertanggungjawabkan mencari sumber kewangan untuk membeli alat ganti?
7. Siapa yang melengahkan kerja?

7 soalan telah dikemukakan dan ada antara juga perlu dijawab berdasarkan persoalan di atas.

Justeru itu setiap soalan dan jawapannya adalah berkaitan dengan Datuk Presiden KTMB, justeru itu RUM mendesak GM TMOD mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada Presiden KTMB tentang soalan ini, seterusnya kegagalan Datuk Presiden KTMB menjawab, maka surat pertuduhan perlu dikeluarkan, sekiranya melakukan kesalahan Datuk Presiden KTMB boleh diambil tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.

Memang patut dibuang kerja!!!

Lu cari pasal lagi... Tunggu 9 Mei 2014, RUM PIKET BESAR-BESARAN!

Kenyataan Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • KWSP (BORANG) Borang KWSP17A (Khas 2016) - klik utk download RUM menyeru ahli-ahli RUM untuk mendapatkan borang KWSP seperti di bawah ini di pejabat KWSP berhampiran untuk tidak memberhentikan potongan simpanan pekerja sebanyak 3% iait… Read More
  • UMUR PERSARAAN 62 TAHUN/PEKERJA KONTRAK Pada pandangan RUM, tuntutan ke 62 tahun ini belum sampai masanya lagi, kerana kerajaan baru sahaja mewartakan pindaan umur persaraan kepada 60 tahun. Ruang dan peluang kepada pekerja muda perlu diberikan termasuk kenaikan p… Read More
  • BILA SONGKOK PAKAI KAT KAKI, KASUT PAKAI KAT KEPALA Beginilah antara sifat yang terkeji perlu dihindarkan... biar kat mana kita... kejujuran dan prinsip tidak boleh diabaikan... antara kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi tetap ada perbedaan yang tidak boleh sama… Read More
  • TERBAIK (PEKERJA BANGLADESH)Satu langkah yang terbaik dan sangat dialu-alukan, sebagai kesatuan sekerja kita memang sangat berharap 1.5 juta pekerja bangladesh hadir dalam negara malah kalau boleh bawalah seluruh rakyat Bangladesh ke negara ini, kerana … Read More
  • KHABAR ANGIN Macam-macam khabar angin yang didengari, sedap betul tukang bawa cerita, sehingga bertubi-tubi pertanyaan yang didengari, kadang-kadang tersenyum sendiri. RUM pun tahu siapa yang tukang bawa cerita ini... semua ini mulut… Read More