Gambar Hiasan |
Merompak, mencuri, menyamun, memeras, "pocop" apa pun sebutan adalah salah disisi undang-undang, sekiranya didapati bersalah, maka mahkamah akan menjatuhkan hukuman samada didenda, dipenjara atau kedua-dua sekali.
Dari sudut agama, ianya adalah berdosa besar, maka jawapan di akhirat akan menerima balasannya.
Dari sudut pekerja, perjanjian bersama di bawah artikel 30, prosedur tindakan tatatertib memperuntukkan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.
Justeru itu adalah diingat kita tidak sesekali boleh melakukan perkara yang bertentangan, perlakuan ini sangat mendukacitakan, malah akan mengelapkan masa depan individu yang mana berkenaan.
Jangan fikirkan seronok seketika, jangan fikirkan masa melakukan tiada siapa yang tahu, tapi bila tertangkap, musibahnya perlu ditanggung sendiri. "setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga".
RUM hanya mempertahankan individu ahli "yang teraniaya" bukannya yang sengaja melakukan kesalahan, selepas itu memohon RUM untuk pertolongan, apatah lagi sekiranya pendakwa membuktikan dokumen fakta bahawa ianya boleh dibuktikan telah melakukan kesalahan. (susah RUM nak bersilat).
Hentikan semua ini, fikirkan masa depan, carilah rezeki yang halal, agar kehidupan di rahmati Allah Swt.
Jangan hanya nila setitik, rosak susu sebelanga, perjuangan RUM adalah untuk setiap individu ahli yang berfaedah, maka setiap individu ahli yang berfaedah perlu bertanggungjawab untuk menjaga KTMB dan RUM.
Pahit untuk diluahkan, tapi apa kan daya, demi kebaikan RUM terpaksa membuat teguran, agar memgingatkan kita tidak melakukan kesilapan, mudah-mudahan dan harapan ini tidak benar dan tidak akan berlaku, kerana semua warga KTMB bertanggungjawab memulihkan KTMB, marilah kita sama-sama saling membantu untuk memulihkan KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB