31 Mac 2014

DILEMA PEKERJA KTMB

RUM suka menghightlihgtkan masalah pekerja, apakah masalah pekerja sebenarnya? Apakah kehendak pekerja sebenarnya?

Pekerja mahukan gaji mengikut pasaran, kerana semua menyedari bahawa pekerja KTMB samada Eksekutif dan Bukan Eksekutif bekerja dibawah gaji pasaran.

Pekerja bukan eksekutif khususnya hari ini bekerja mengharapkan bekerja luar, bekerja lebih masa untuk menambahkan pendapatan, tanpa kerja luar atau lebih masa maka pekerja akan mengalami tekanan iaitu "mengikat perut", menjadi satu trend kehidupan bahawa keperluan tidak mencukupi kerana kos sara hidup yang meningkat.

Dalam menghadapi kekurangan pendapatan, KTMB pula dirundung malang, kedudukan KTMB dari segi hala tuju telah menjadi caca-merba, kehilangan fokus dalam urus tadbir, maka jadilah pentadbiran luaran dan dalaman pun buruk.

Hari ini kerana kesilapan urus tadbir, maka pekerja yang diarah bekerja menghadapi dilema, tertekan dengan arahan pekeliling yang mengarut, berdepan dengan tekanan penumpang, berdepan dengan kegagalan lokomotif dan koc, malah kedudukan landasan dipantai timur yang boleh dianggap teruk. Pekerja mula merasakan ketidakselesaan bekerja, keselamatan dan tekanan. Ini menghakibatkan daya usaha bekerja telah di "demoralized" oleh kegagalan urus tadbir.


Kalau kita perhatikan lagi, pemandu lokomotif bekerja dalam keadaan panas, tidak selesa, jangka masa tren sampai lambat, kegagalan lokomotif semuanya menjadikan pekerja tertekan.

Kalau pekerja Fleet pula, mengalami tekanan, spare part tiada, kerja mengikut apa yang boleh...buat...asalkan berjalan, tapi bila gagal...pekerja Fleet dipersalahkan.

Kalau pekerja landasan pula perlu berhati-hati, pastikan semua landasan selamat, tidak kena ambil tindakan, walaupun diperhati jarak jangkauan kerja dengan pekerja tidak munasabah.

Pengurus Stesen/Pembantu Trafik/Kerani Kaunter makin teruk, kini berdepan dengan penumpang, asyik menunding jari kerana pekerja-pekerja ini berdepan dengan penumpang, maka pekerja yang jadi mangsa keadaan atas kelemahan urus tadbir.

Secara umumnya kalau ditulis, memang tidak mencukupi, banyak lagi boleh dihighlightkan..

Konklusinya ialah semua pekerja KTMB hari ini bukan saja menikmati kadar upah di bawah pasaran tapi kerja pula di bawah tekanan, maka situasi kini adalah sangat tidak sihat hanya kerana berpunca dari kelemahan urus tadbir dan merancang dengan cekap!

RUM meletakan kelemahan ini pada Datuk Presiden KTMB.

9 MEI 2014 - Nokhtah untuk Presiden KTMB!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB