17 Mac 2014

Business Plan Part 10

ADILKAH KEPADA YB DATO PENGERUSI?

Kalau ikut kebiasaannya Pengerusi KTMB jarang-jarang turun padang kecuali dalam majlis tertentu sahaja, lebihnya dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah atau di Pejabat Lembaga Pengarah KTMB, itulah kebiasaannya.

Datuk Presiden KTMB mempunyai kuasa "EXECUTIVE POWER", perancangan, pelaksanaan, penguatkuasaan, pembuat keputusan dll di bawah kuasa Presiden KTMB, maka disinilah letaknya tanggungjawab besar kepada Presiden KTMB dalam menerajui KTMB, jatuh bangunnya KTMB terletak kepada Presiden KTMB! 

Mungkin pembaca mengatakan tidak adil, kenapa hanya perlu Presiden KTMB sahaja, kenapa tidak semua pegawai atasan KTMB dan semua pekerja KTMB? 


Jawapannya pegawai atasan dan pekerja hanya mematuhi keputusan, mematuhi arahan dan melaksanakan, yang mengeluarkan "ARAHAN UTAMA" ialah Datuk Presiden KTMB, "ARAHAN UTAMA ADALAH KEPUTUSAN, NO BODY CAN QUESTION!" kita jangan lupa, Datuk Presiden KTMB hanya pandai mengemukakan soalan sahaja, tapi "behind the scene" ialah "consultant made in India, yang telah dianugerahkan oleh RUM international film award"!

Dalam track record 1 tahun 10 bulan, maka hasilnya ialah mengecewakan, pengunaan reverse strategy menjadikan KTMB menjunam, ini menghakibatkan kegagalan meningkatkan pendapatan (revenue), kegagalan meningkatkan pendapatan disebabkan punca mengenalpasti infra dan rolling stock yang kini seolah-olah terabai, maka operasi tidak mampu mengerakkan strategi business yang berkesan kerana kegagalan menyediakan rolling stock dan infra.

Fokos ialah bagaimana Yb Dato Pengerusi mampu dalam tempoh 2 tahun kontraknya mampu membaik pulih KTMB, mungkin Yb Dato Pengerusi ada "magic", tidak mustahil "magic" ini boleh dilakukan, sekiranya "magic" boleh dilakukan maka diakhir tempoh kontrak Yb Dato Pengerusi akan merasa puas dan senyum sehingga ke telinga. (HEBAT LO...)

Tapi semua itu tidak mungkin berlaku, Datuk Presiden KTMB yang dalam tempoh perkhidmatannya selama 1 tahun 10 bulan akan mengunakan "reverse strategy", ini adalah kerana Datuk Presiden KTMB adalah "master mind" dalam setiap pelaksanaan dalam menjayakan Business Plan yang diusahakan oleh Yb Dato Pengerusi, berkemungkinan usaha Yb Datuk Pengerusi akan menemui kegagalan atas sebab pengunaan "reverse strategy" yang digunapakai oleh Datuk Presiden KTMB, maka sudah pasti jawapannya pembaca boleh memikirkan sendiri.

Justeru itu, idea Yb Dato Pengerusi melalui Business Plan yang berakhir hari ini 16 Mac 2014 akan berakhir dengan mengecewakan bila diakhir kontrak perkhidmatan Yb Dato Pengerusi pada 10 Februari 2016.

INI TIDAK ADIL PADA YB DATO PENGERUSI KTMB!

Justeru itu satu langkah drastik perlu diambil bagi menyelamatkan keadaan, bukan menyelamatkan Yb Dato Pengerusi KTMB sahaja, tapi menyelamatkan masa depan pekerja, KTMB dan rakyat.

Apakah cara menyelamatkan KTMB dari "reverse strategy" ini?

Ikuti episod terakhir Business Plan Part 11... "SUSPEN"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

Related Posts:

  • Business Plan Part 4 "ONTIME EVERYTIME" Setahun 9 bulan slogan "ONTIME EVERYTIME" ini digunapakai melalui cetusan idea Datuk Presiden KTMB. Kalau ditafsirkan atau digali kandungan "ONTIME EVERYTIME" ini cukup luas dan dalam maksudnya. A… Read More
  • Business Plan Part 6 Surat Kesatuan Kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dipaparkan untuk tatapan umum, bertarikh 10 Mac 2014. BUSINESS PLAN AND KTMB TRANSFORMATION RETREAT Dengan segala hormatnya, saya bagi pihak Majlis Eksekutif, Kes… Read More
  • Business Plan Part 7 KEWAJARAN Sesuatu yang pelik/luarbiasa/lucu berlaku, bila perancangan dibuat melalui Business Plan untuk tahun 2014 dibuat 2 kali, satu dianjurkan oleh Presiden KTMB, satu lagi dianjurkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah… Read More
  • Business Plan Part 5Ada 2 gambar yang dipaparkan, kedua-dua gambar telah dimasukan sebelum ini. 1. Business Plan 2014 oleh Datuk Presiden, KTMB 2. Business Plan 2014 oleh Dato' Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB. Apa maksudnya? Ikuti episod… Read More
  • Business Plan Part 3 Hari ini 13 Mac sehingga 16 Mac 2014, maka akan berlangung Businesee Plan di MYRA, Batu Gajah, Perak. Pihak Rum merakamkan tahniah kepada YB Dato Ir Haji Nawawi, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang merencana dan memben… Read More