15 Mac 2014

Business Plan Part 8.

Apakah Business Plan ke 2 mampu mencapai apa yang diharapkan?

Dari pemerhatian RUM, Business Plan yang dicetuskan idea oleh YB Dato Pengerusi adalah baik, walaupun RUM tidak melibatkan diri, RUM berkeyakinan bahawa YB Dato Pengerusi berkemampuan mencetuskan idea- idea yang bernas, bagaimana nak memulihkan KTMB serta meningkatkan pendapatan (revenue) KTMB, walaupun RUM menulis sebelum berakhirnya Business Plan, malah tidak tahu apa yang diputuskan, tapi naluri RUM sangat yakin kebolehan dan kemampuan YB Dato Pengerusi, RUM pasti bahawa diakhirnya satu rumusan yang mampu membina KTMB ke era pemulihan.

Namun demikian, RUM tetap mengandaikan bahawa Business Plan yang disediakan nanti gagal diimplementasikan, RUM beranggapan usaha Yb Dato Pengerusi, akhirnya sia-sia sahaja, kenyataan Business Plan Part 6, surat kesatuan telah pun dinyatakan.


Kenapa? Selagi Datuk Presiden KTMB masih kekal sebagai Presiden KTMB, maka usaha YB Dato Pengerusi ini hanya boleh dianggap sia-sia, satu pembaziran masa dan wang, kerana Business Plan kali ke 2, sukar diimplementasikan.

Kita sedar bahawa Datuk Presiden KTMB adalah bertaraf "eksekutif" iaitu mempunyai "eksekutif power", maka Lembaga Pengarah hanya memantau dan membuat kelulusan dan keputusan dasar, namun setiap keputusan akan diimplementasikan oleh Presiden KTMB, sekiranya Presiden KTMB "reverse", maka implementasinya boleh diperlahankan (delay), maka semua yang dicadangkan melalui Business Plan tidak akan mencapai Target, kenyataan ini berdasarkan situasi yang berlaku dalam tempoh 1 tahun 10bulan yang lepas di bawah pemerintahan Datuk Presiden KTMB dan tidak mustahil pengunaan "reverse strategy" terus dipraktiskan.

Justeru itu berkemungkinan usaha-usaha YB Dato Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB akan sia-sia, akhirnya yang menjadi mangsa ialah pekerja, KTMB dan rakyat.

RUM melahirkan rasa simpati pada YB Dato Pengerusi Lembaga Pengarah.

Ikuti episod selanjutnya