05 Mac 2014

Pertemuan Rasmi RUM dengan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB

Semalam 4.3.2014, jam 4.00 petang, pertemuan rasmi dengan Pengerusi KTMB telah berlangsung dengan suasana harmoni. Keakraban terpancar diantara kedua-dua pihak dalam menjalinkan hubungan baik.

YB Dato Ir Nawawi adalah Pengerusi paling muda dalam sejarah KTMB, iaitu pengerusi yang ke 5 selepas KTMB diswastakan, seorang yang rendah diri, peramah, mempunyai wawasan, malah kalau dilihat beliau adalah seorang yang sangat berani kerana mahu menjawat jawatan Pengerusi KTMB, kerana KTMB bukan sebuah syarikat yang menguntungkan.


Dari segi politik, pada pandangan RUM, beliau mempunyai cabaran yang besar, cabaran untuk meningkatkan kerjaya beliau, kalau beliau mampu memulihkan KTMB atau membawa kearah yang lebih baik, tidak mustahil, harapan untuk menjawat jawatan lebih tinggi dalam arena politik akan terbuka luas, tapi kalau gagal, wsalam. Disinilah keberanian beliau kerana mahu menerima jawatan dalam KTMB, kerana didepannya ada satu cabaran besar sedang menunggu. Satu pujian diberi pada YB Dato Ir Nawawi, Tahniah.
Topik perbincangan semalam :-

1. Sessi suai kenal
2. Ucapan Pengerusi KTMB yang menjelaskan harapan kepada hubungan yang baik, serta harapan beliau untuk membawa KTMB ke arah kejayaan melalui pengalaman beliau yang ditimba dari TNB. 

3. Ucapan Presiden RUM
a. Mengharapkan hubungan yang baik dan harmoni.
b. Memberi sokongan padu kepada Pengerusi KTMB 
c. Mengharapkan KTMB dipulihkan.
d. Menerangkan situasi KTMB terkini.
e. Mengharapkan Pengerusi KTMB mempertahankan KTMB diambil alih dari pihak luar, serta mempertahankan Hak Milik KTMB.
f. Mengkaji semula gaji minima
g. Mengkaji semula struktur gaji bukan eksekutif
h. Mengkaji semula struktur gaji eksekutif.
i. Kami sayangkan KTMB

Konklusi RUM 

Kami akan memberi sokongan padu, bekerja kuat, sanggup menghadapi perubahan bagi memaju dan memulihkan KTMB, kami juga mengharapkan yang terbaik dapat dilaksanakan untuk Warga KTMB dan KTMB, namun jangan salahkan kami sekiranya sokongan yang kami berikan ditarik balik, andai Dato Pengerusi membuat perkara yang bertentangan.

Semoga hubungan erat yang telah dimetrai akan terus berkekalan, kami akan terus terus beri sokongan kepada YB Dato dalam usaha untuk memulihkan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB