11 Mac 2014

NOTIS PEMBERITAHUAN AWAL KEPADA AHLI-AHLI RUM.

BAGI TUJUAN MEMUDAHKAN PEMBACAAN, DIPAPARKAN NOTIS PEMBERITAHUAN AWAL KEPADA AHLI-AHLI RUM.

DI HARAPKAN SEMUA CAWANGAN-CAWANGAN RUM TELAH MEMAPARKAN KENYATAAN INI KEPADA AHLI-AHLI RUM.

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB

Tarikh Notis : 10hb Mac 2014
Bil : (1) dlm RUM 040/8 TR 12

NOTIS PEMBERITAHUAN AWAL

Notis Untuk Pengetahuan Umum Semua Ahli
Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad

1. Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali yang ke 12 bagi Penggal 2014/2017 akan diadakan pada 23 hb September,24hb September dan 25hb September di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

2. Pilihanraya Umum Tiga Tahunan Sekali Yang Ke 12 bagi penggal 2014/2017 akan diadakan disemua Cawangan pada tarikh-tarikh seperti yang dinyatakan di para 9 di bawah, untuk memilih :-

(i) Pegawai-Pegawai Utama Kesatuan
(ii) Pegawai-Pegawai Cawangan
(iii) Wakil-wakil Bahagian

3. NOTIS MEMPELAWA PENCALONAN

Dalam hubungan ini, saya adalah diarah menarik perhatian bahawa penamaan calon adalah dipelawa untuk jawatan-jawatan seperti berikut :-


(a) Pegawai-Pegawai Utama Kesatuan

(i) Presiden
(ii) Timbalan Presiden
(iii) Naib Presiden
(iv) Setiausaha Agung
(v) Penolong Setiausaha Agung
(vi) Bendahari Agung
(vii) Penolong Bendahari Agung

(b) Pegawai-Pegawai Cawangan

(i) Pengerusi Cawangan
(ii) Setiausaha Cawangan
(iii) Bendahari Cawangan

(c) Wakil-wakil Bahagian

Setiap bahagian ditetapkan dalam Peraturan 12 (A) (2) (a) hendaklah diwakili oleh seorang ahli yang mana akan membentuk Jawatankuasa Cawangan kecuali dalam Cawangan Sentul. Bahagian- bahagian ini adalah seperti berikut :-

(i) Gerakan Loko
(ii) Gerakan Trafik
(iii) Kekeranian
(iv) Penyelenggaraan Lokomotif
(v) Penyelenggaraan Kejuruteraan Koc Dan Gerabak
(vi) Penyelenggaraan Kejuruteraan Awam
(vii) Penyeliaan Kejuruteraan Awam
(viii) Kerja Kejuruteraan Awam
(ix) Pengurus Stesen
(x) Penyelenggaraan Semboyan
(xi) Bengkel Sentul (2 wakil)
(xii) Penyeliaan Bengkel Sentul
(xiii) Prosesan Maklumat dan Data
(xiv) Pelansir
(xv) Pegawai-pegawai Rendah
(xvi) Elektrifikasi

Jawatankuasa Cawangan masing-masing akan dianggotai wakil-wakil yang dipilih dari bahagian-bahagian yang ditentukan dibawah Peraturan 12 (A) (2) (a) 1-15 atau Peraturan 31 (1) dan (2) PERATURAN KESATUAN.

4. KELAYAKAN

Kelayakan seseorang calon bagi maksud Pemberitahuan Awal ini ialah tertakluk kepada mana-mana peraturan yang berhak dan Peraturan 11 (2) dalam PERATURAN Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad yang mana huraiannya seperti berikut :-
Seseorang itu tidak boleh dipilih atau bertugas sebagai Pegawai Kesatuan sekiranya orang itu :-

(a) Bukan ahli kesatuan
(b) Belum cukup umur 21 tahun
(c) Bukan Warganegara Malaysia
(d) Belum bekerja seperti yang ditentukan dibawah Peraturan 3 (1) selama sekurang-kurangnya tiga tahun
(e) Pernah menjadi ahli eksekutif mana-mana kesatuan yang pendaftarannya telah dibatalkan dibawah seksyen kecil (1) (b) (iv) (v) atau (iv) seksyen 15 Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau Enakmen yang telah dimansuhkan oleh Akta itu
(f) Pernah disabitkan kesalahannya oleh mahkamah kerana pecah amanah, pemerasan atau mengugut atau kerana melakukan kesalahan lain yang pada pendapat Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja tidak melayakannya menjadi pegawai sesebuah Kesatuan Sekerja Industri Kertas
(g) Seseorang pemegang jawatan (office- bearer) atau pekerja sesebuah parti politik atau
(h) Seseorang yang masih bankrap.

5. Ahli-ahli yang dicalonkan boleh menerima pencalonan untuk lebih daripada satu “jawatan” tetapi sekiranya dipilih untuk lebih satu “jawatan” maka calon berkenaan hendaklah membuat pilihan untuk berkhidmat dalam satu “jawatan” sahaja. Selaras dengan Peraturan 11(3) PERATURAN Kesatuan “Pegawai-pegawai Utama Kesatuan tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam Jawatankuasa Cawangan” dan Peraturan 31 (2) PERATURAN Kesatuan “Pegawai-Pegawai Cawangan tidak dibenarkan memegang jawatan Wakil-wakil bahagian”

6. TEMPOH PENCALONAN

Penamaan calon adalah dibuka pada 28hb April 2014 dan tarikh akhir penerimaan borang pencalonan ialah pada 2hb Mei 2014, jam 5.00 petang. Borang-borang pencalonan boleh didapati dari semua Setiausaha Cawangan mulai 17hb April 2014 sebelum penutupan penamaan calon. Borang-borang pencalonan yang telah disempurnakan hendaklah sampai kepada Setiausaha Cawangan masing-masing selewat-lewatnya pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Pengenalan borang-borang pencalonan adalah seperti berikut :-

(i) Warna hijau – Pegawai-pegawai Utama Kesatuan
(ii) Warna Merah Muda – Pegawai-pegawai Cawangan
(iii) Warna biru – Wakil-wakil Puteri Bahagian Bukit Katil

7. TEMPOH BANTAHAN

Sebarang bantahan terhadap pencalonan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Cawangan pada tarikh 5hb Jun 2014 hingga 9hb Jun 2014.

8. PENYERAHAN BORANG-BORANG PENCALONAN KE IBU PEJABAT

(a) Borang-borang pencalonan yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan oleh semua Setiausaha Cawangan kepada Ibu Pejabat Kesatuan seawal-awalnya 5hb Mei 2014 tetapi tidak lewat dari 13hb Mei 2014. Borang pencalonan yang tidak lengkap akan diambil kira sebagai batal dan tidak sah.
(b) Pihak berkuasa Pentadbiran Kesatuan akan membuat penilaian akhir kepada borang-borang pencalonan. Sekiranya terjadi sebarang pembatalan, maka ianya dimaklumkan kepada Setiausaha Cawangan yang mana berkenaan sebelum tarikh Pilihanraya.
(c) Borang pencalonan tidak boleh dihantar secara terus kepada Ibu Pejabat Kesatuan tetapi hendaklah dihantar melalui Setiausaha Cawangan. Sebarang borang yang dihantar secara terus ke Ibu Pejabat akan dikira batal dan tidak sah.

9. TEMPOH PILIHANRAYA DAN MESYUARAT AGUNG CAWANGAN

Tempoh Pilihanraya bagi peringkat cawangan hendaklah mulai daripada 16hb Jun 2014 hingaa 22hb Jun 2014. Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah diadakan tidak lewat dari hari Ahad 22hb Jun 2014.

10. RESOLUSI

Sebarang resolusi untuk perbincangan di Persidangan Perwakilan yang berkenaan dihantar oleh Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agung Kesatuan ini pada atau sebelum 11hb Julai 2014 selaras dengan peruntukan 9 (7) PERATURAN KESATUAN.

TT
........................................
(JAAFAR BIN ALIAS)
Setiausaha Agung

SALINAN 
Semua Ahli Majlis Eksekutif
Semua Setiausaha Cawangan
Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Pengarah Kesatuan Sekerja
Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pahang

Presiden KTMB
Keretapi Tanah Melayu Berhad