05 Mac 2014

BENGKEL CSR DI BATU GAJAH

Gambar Hiasan
Semalam baca dalam akhbar Berita Harian, malah dalam TV 3, menghighlightkan pembinaan Bengkel Lokomotif dengan kerjasama CSR dan KL kononnya.

Tak terasa bangga pun, malah kalau sebut pemindahan teknologi pun RUM tak percaya, buktinya 38 set SCS yang dimiliki oleh KTMB, tiada perpindahan teknologi, buktinya kontrak maintenance selama 2 tahun yang berakhir tahun ini, dijalankan oleh CSR sendiri dengan warga kerja dari China, kalau ada pun tak sampai 5% sahaja warga tempatan, kini kontrak disambung lagi selama 3tahun dengan nilai lebih RM 150juta. Maka tiada juga perpindahan teknologi, memang benar wang itu bukannya wang KTMB, tapi wang MOT, tapi kan baik diserahkan wang itu pada KTMB, dan KTMB yang membuat maintenance berkenaan, malah RUM yakin kosnya lebih murah, maklumlah....mana ada pakai tender.

Berbalik pada kenyataan akhbar dalam BH semalam, RUM merasa sangsi, apakah warga Malaysia tidak mampu melakukannya? Itu persoalan...


Kalau TUN Mahathir masa zaman pemerintahannya, mampu mewujudkan PROTON, kenapa sekarang kita tidak melakukan dengan mewujudkan industri keretapi? Proton mampu membuka ribuan peluang pekerjaan dan mewujudkan tenaga kerja Malaysia yang berkemahiran tinggi. Hebatnya Tun Mahathir Mohamad.

Kenapa semua proses yang dilakukan tidak melalui TENDER TERBUKA, kenapa CSR? hebatkah CSR? 

Kenapa terlalu banyak kelebihan yang dinikmati iaitu anugerah tanpa tender.... Macam pelik je...

Kerajaan perlu telus dalam hal ini, bagi memastikan, hak warganegara tidak dipinggirkan, apa tah lagi, pembuktian melalui maintenance yang boleh menawarkan pekerjaan kepada warga Malaysia tidak dipraktiskan, malah pengaliran Wang keluar Negara adalah satu perkara yang tidak sihat.

Sumber RUM mengatakan bahawa ada usaha sedang dijalankan untuk memberi pengecualian cukai, namun pihak2 bertanggungjawab, tidak bersetuju mengenai perkara ini, tak tau lah kemudian hari terpaksa bersetuju... No komen...

RUM berharap kerajaan lebih bersikap terbuka, malah menyakini pekerja Malaysia, warga Malaysia untuk melaksanakan industri keretapi di Negara ini.

MIGHT, UKAS, MITI dan semua Jabatan Kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam merencanakan sesuatu bagi mewujudkan industri Keretapi yang kita sedar makin pesat di Negara ini.

Fikirkan untuk pekerja, fikirkan untuk warga Negara, fikirkan untuk Negara Tercinta.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Related Posts:

  • Hujan... Gambar Hiasan Mudah2an cuaca petang ini baik, semoga perjalanan perjuangan ini berjalan dengan jayanya. Namun andai hujan turun itu juga satu rahmat, kita tetap akan berpiket, semangat juang tidak akan luntur. Dengan itu… Read More
  • Wanita RUM tiada gentar "we want to see more womens tomorrow" - Sarban Singh Ahli Wanita RUM, saudari-saudari adalah ahli yang berfaedah, tunjukan ahli wanita mampu mengoncang dunia..... Kehebatan yang tiada tandingannya.... Esuk turun gegar… Read More
  • INFO Gambar Hiasan Bila dapat info... hehe... macam-macamlah kalau orang dah gelabah... tapi nak wat cam mana.... tunggulah esuk RUM gegar... kecut perut agaknya.... hehe... malu bertingkat-tingkat lo... kita bergerak untuk ke… Read More
  • ENOUGH IS ENOUGH IF U REALIZED YOUR MISTAKE, SO PLEASE FORWARD YOUR RESIGN LETTER, DONT JUST SIMPLY SAYS THAT "I'M REALIZED MY MISTAKE" WE HAVE SEEN TO MANY MOVIE, ENOUGH IS ENOUGH! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB … Read More
  • PIKET Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. In Syaa Allah esuk RUM berpiket, sdr2 sedia maklum tujuan kita berpiket ialah menolak Presiden KTMB iaitu dengan mendesak Kementerian Kewangan menamatkan perkhidmatan Presiden KTMB sece… Read More