Gambar Hiasan |
Pihak RUM ada menerima SMS dari nombor +6014726XXXX (13.4.2013 Jam 10.31/ 10.52, mesej yang sama dipaparkan dibawah ini, RUM telah member komen di bawahnya.
"Bismillahirrahmanirrahhim Salam syabas pada rum dalam mengendalikan kes kes siasatan dalaman hingga menang Alhamdulillah bukan nak cmpur kerja rum tetapi kes kes yang melibatkan jutaan ringgit hanya dihukum rm 12 kes ps rawang ada lagi banyak kes kes dapat dimenang oleh rum syabas syabas kerana buktian wakil rum kendalian sesuatu kes dengan sungguh sungguh tahniah akibatnya management yang tanggung dari segi pekerja bila nak sedar langgar peraturan operasi ini ISLAM mengajak setiap pemimpin agar bersikap adil dalam menilai orang"
KOMEN RUM
Pihak RUM akan mempertahankan setiap pertuduhan yang dibuat oleh pendakwa dengan menyediakan hujah-hujah berlandaskan fakta, fakta merangkumi setiap sudut termasuk kelemahan-kelemahan pengurusan dari segi perancangan, sistem, dasar dan sebagainya.
Sekiranya semua perancangan, sistem dan dasar dibuat dengan betul, maka kejadian yang tidak diingini boleh dielakkan.
Bermaksud pengurusan gagal memastikan setiap prosedur, SOP, kelengkapan, perancangan, sistem dan sebagainya dengan sepenuhnya.
RUM juga telah bangkitkan banyak perkara dari aspek keselamatan, kegagalan pengurusan, malah baru-baru ini mesyuarat dengan pihak pengurusan mengenai aturan dan peraturan, beberapa perancangan telah dicadangkan, dukacitanya idea yang cuba dikemukakan tanpa membuat kajian secara menyeluruh, maka RUM terpaksa membantah.
Kenapa RUM membangkitkan atau membuat teguran mengenai isu keselamatan dalam mesyuarat oshen, aturan peraturan dan Majlis Bersama Pusat, semuanya adalah untuk memastikan kelemahan-kelemahan yang ada diperbetulkan, tapi adakah di betulkan? Kerana RUM tidak mahu melihat kelemahan perancangan yang dibuat oleh pengurusan, pekerja dikambing hitamkan.
Andai berlaku kerugian berjuta RM kerana sesuatu sebab, maka adakah pekerja bukan eksekutif perlu dipersalahkan? kenapa tidak salahkan diri sendiri, kerana gagal memperbaiki setiap kelemahan yang wujud.
Punca kelemahan adalah dari pengurusan sendiri, tapi dengan sewenang-wenangnya cuba meletakkan kesalahan kepada pekerja.
RUM tetap berpendirian, bahawa setiap ahli RUM perlu diadili dengan adil selaras dengan "natural justice", tanggungjawab RUM selaras dengan peruntukan perlembagaan kesatuan, perjanjian bersama dan Akta Perhubungan Perusahaan.
Kalau rasa tak puas hati, betulkan segala kelemahan yang ada, bekerjalah dengan sungguh-sungguh, jangan sambil lewa, kerana kita juga mahukan rezeki yang halal. Rezeki yang halal adalah tuntutan Islam.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB