17 Mac 2014

Business Plan Part 9


Harapan Dan Cabaran Pengerusi


Dalam pengetahuan RUM, satu-satunya Pengerusi KTMB semenjak pengswastaan pada tahun 1992 yang turun padang serta melaksanakan program Business Plan! malah kini YB Dato Pengerusi lebih kerap turun padang untuk mengetahui, mempelajari, mendekati dan memahami KTMB, usaha-usaha ini adalah dengan tujuan keinginan beliau secara bersungguh-sungguh untukmemulihkan KTMB. (good job)

RUM mengikuti setiap perkembangan YB Dato Pengerusi, justeru itu, tidak menjadi satu kesalahan kepada RUM untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.

Dalam masa yang sama, beban dan tanggungjawab YB Dato Pengerusi sangat berat, apa tah lagi dengan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen yang perlu menjaga prestasi cemerlang dalam meneruskan kesinambungan sebagai Ahli Parlimen, pasti dengan usaha gigih untuk memulihkan KTMB beliau satu hari mampu melonjakkan sehingga menjawat Menteri, (track record penting lo) RUM yakin sekiranya beliau berjaya mengangkat KTMB maka peluang dan masa depan beliau adalah sangat cerah, In Syaa Allah.

Melalui kenyataan RUM Business Plan Part 8, RUM telah melahirkan rasa simpati kepada YB Dato Pengerusi, kenapa RUM lahirkan rasa simpati, sebabnya, bila Presiden KTMB gagal dalam mengimplementasikan Business Plan yang diusahakan oleh YB Dato Pengerusi, maka semua individu termasuk YB Dato Pengerusi dan Semua Lembaga Pengarah turut terpalit kegagalan memulihkan KTMB. (Lembaga Pengarah pun terpalit tau)

Perlu kita sedari bahawa kontrak YB Dato Pengerusi hanya 2 tahun, dalam tempoh 2 tahun sesuatu perlu dibuktikan, sekiranya gagal, (wow..... teruk lo...) Imej YB Dato Pengerusi tergugat, ini akan menjejaskan krebiliti YB Dato Pengerusi, sedangkan YB Dato Pengerusi masih muda, masih mempunyai masa depan yang cerah, tak kan kesilapan orang lain YB Dato Pengerusi nak tanggung, ini lah risiko besar dan berani yang diambil oleh YB Dato Pengerusi KTMB.

Tapi adilkan untuk Yb Dato Pengerusi?

Ikuti episod selanjutnya...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

Related Posts:

  • Business Plan Part 5Ada 2 gambar yang dipaparkan, kedua-dua gambar telah dimasukan sebelum ini. 1. Business Plan 2014 oleh Datuk Presiden, KTMB 2. Business Plan 2014 oleh Dato' Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB. Apa maksudnya? Ikuti episod… Read More
  • Business Plan Part 8. Apakah Business Plan ke 2 mampu mencapai apa yang diharapkan? Dari pemerhatian RUM, Business Plan yang dicetuskan idea oleh YB Dato Pengerusi adalah baik, walaupun RUM tidak melibatkan diri, RUM berkeyakinan bahawa YB D… Read More
  • Business Plan Part 6 Surat Kesatuan Kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dipaparkan untuk tatapan umum, bertarikh 10 Mac 2014. BUSINESS PLAN AND KTMB TRANSFORMATION RETREAT Dengan segala hormatnya, saya bagi pihak Majlis Eksekutif, Kes… Read More
  • Business Plan Part 4 "ONTIME EVERYTIME" Setahun 9 bulan slogan "ONTIME EVERYTIME" ini digunapakai melalui cetusan idea Datuk Presiden KTMB. Kalau ditafsirkan atau digali kandungan "ONTIME EVERYTIME" ini cukup luas dan dalam maksudnya. A… Read More
  • Business Plan Part 7 KEWAJARAN Sesuatu yang pelik/luarbiasa/lucu berlaku, bila perancangan dibuat melalui Business Plan untuk tahun 2014 dibuat 2 kali, satu dianjurkan oleh Presiden KTMB, satu lagi dianjurkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah… Read More