26 Mac 2014

Kenyataan Akhbar RUM menggesa Perdana Menteri menggugurkan Presiden KTMB

Gambar Malaysiakini.com
Kenyataan Akhbar RUM yang di keluarkan hari ini di Ibu pejabat RUM. Kenyataan akhbar tersebut telah disiarkan oleh akhbar versi online Maaysiakini didalam dua versi iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Versi penuh Bahasa Malaysia adalah seperti dibawah:
"Kesatuan sekerja menggesa perdana menteri menggugurkan Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Elias Kadir ekoran kerugian dan dakwaan kelemahan urus tadbir.
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB) Abdul Razak Md Hassan mendakwa, perkara itu menyebabkan pengerusi KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad masuk campur.
"Sekarang keadaannya seolah-olah ada dua nakhoda KTMB iaitu pengerusi
dan presiden.
"Tetapi tujuan pengerusi (itu) memperlihatkan hilang kepercayaan (pada pentadbirannya) kerana presiden telah gagal.
"Justeru itu, pengerusi telah campur tangan untuk pulihkan KTMB," dakwa Razak dalam sidang media di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga memberi amaran akan mengadakan piket di perkarangan ibu pejabat KTMB di Kuala Lumpur pada petang 9 Mei akan datang.
Malaysiakini cuba mendapatkan reaksi Elias berhubung perkara itu.
Beliau bagaimanapun tidak dapat menjawabnya pada masa ini kerana sibuk dan akan memberi jawapan melalui e-mel."

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB