20 Mac 2014

PIKET : HALA TUJU DATO' PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB

Gambar Hiasan
Business Plan yang dianjurkan oleh Dato Pengerusi adalah lebih munasabah kerana mempunyai hala tuju, walaupun secara umumnya tidak meletakkan "Target".

Kenapa tidak diletakkan "Target" jawapan mudah iaitu Dato Pengerusi mahu memfokuskan kelemahan-kelemahan yang ada bagi tujuan memperbetulkan apa yang tidak dibetulkan oleh Datuk Presiden KTMB.

Jawapannya Dato Pengerusi menyedari bahawa masalah utama ialah "rolling stock" dan "infra", kalau ini dibetulkan (dasar) maka selepas itu mudah untuk mencapai "target"!, maksudnya menjalankan operasi yang sedia ada, seterusnya memperbetulkan kelemahan, mewujudkan percambahan idea business baru, pemasaran baru serta memperbanyakkan larian tren khususnya Kargo, kerana kargo boleh dijadikan punca pendapatan utama KTMB. 

Disinilah kebijaksanaan Dato' Pengerusi!

Teruskan RUM sentiasa bersama Dato' Pengerusi.

Jangan lupa 9 Mei 2014, Kita turun ramai-ramai tolak Datuk Presiden KTMB!

Kenyataan Kesatuan Pekerja2 KTMB