19 Mac 2014

PIKET : Tanggungjawab dan Amanah!

Pada dasarnya RUM tidak mahu berpiket, piket ni satu kerja yang berat malah bukan mudah, setiap perkara diperhalusi, mempunyai dalil yang kukuh malah keputusan dibuat berdasarkan satu tempoh yang munasabah.

Gerak kerja, fikiran, masa, tenaga dan wang banyak digunakan, memang tanggungjawab ini sangat berat, apa tah lagi, tindakan diambil pada seorang yang sangat akrab, seorang abang dan seorang sahabat baik.

Namun demikian, tindakan terpaksa diambil, walaupun sukar, walaupun pahit, demi menjaga kepentingan ahli, warga KTMB, KTMB dan kepentingan rakyat amnya.

Justeru itu tiada pilihan lain RUM mengambil pendirian ini, semata-mata atas tanggungjawab yang diamanahkan, kami melihat, kami mengetahui, maka keputusan adalah untuk memastikan KTMB di pulihkan.


Seperti kata Yb Dato Pengerusi dalam akhbar, kadar upah pekerja KTMB adalah rendah dari pasaran, selari dengan kenyataan RUM, justeru itu tujuan kami mendesak pertukaran ini juga adalah kerana kami mahu gred gaji semua pekerja di kaji semula, kami sedar bahawa lembaga pengarah telah mengatakan bagaimana gred gaji boleh dikaji semula disebabkan pendapatan dalam lingkungan RM 360juta, perbelanjaan lebih RM 700juta, konklusi consultant yang buat kajian, difahamkan ditolak.

Bukan salah kami selaku pekerja yang menyebabkan pendapatan rendah, perbelanjaan tinggi, tapi salah Datuk Presiden KTMB yang gagal mengemukakan idea dan perancangan yang berkesan.

Justeru itu, kami mahu Datuk Presiden KTMB ditamatkan perkhidmatan, kami mahu seorang yang bersungguh-sungguh untuk memulihkan KTMB, mencapai keuntungan, yang mempunyai idea, yang berani ke depan, sanggup untuk memastikan faedah dan "take home pay" ditingkatkan selaras dengan pasaran. 

Kami mahu pendapatan yang munasabah, kami mahu "take home pay" sekurang-kurangnya sama dengan penjawat awam, kerana kos sara hidup yang meningkat, sampai bila kegagalan pengurusan atasan, kami pekerja bawahan dijadikan "kambing hitam".

Tiada pilihan, kami akan turun pada 9.5.2014, untuk mendesak kerajaan menamatkan perkhidmatan Datuk Presiden KTMB.

SELAMATKAN KTMB!
PULIHKAN KTMB!
KAMI SAYANGKAN KTMB!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

Related Posts:

  • Piket satu tindakan positif - Kenyataan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB RUM melihat Piket maupun Demontrasi itu satu tindakan positif, sekiranya ianya dilakukan secara aman, Piket maupun Demontrasi di bawah tafsiran RUM walaupun ianya subjektif, tapi ianya berlaku adalah semata-mata untuk mena… Read More
  • PIKET : Tanggungjawab dan Amanah! Pada dasarnya RUM tidak mahu berpiket, piket ni satu kerja yang berat malah bukan mudah, setiap perkara diperhalusi, mempunyai dalil yang kukuh malah keputusan dibuat berdasarkan satu tempoh yang munasabah. Gerak kerja,… Read More
  • PIKET : HALA TUJU DATO' PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB Gambar Hiasan Business Plan yang dianjurkan oleh Dato Pengerusi adalah lebih munasabah kerana mempunyai hala tuju, walaupun secara umumnya tidak meletakkan "Target". Kenapa tidak diletakkan "Target" jawapan mudah iaitu… Read More
  • UNDUR ATAU RUM AKAN BERPIKET! Kenangan Piket RUM, akan berulang lagi, tindakan ini akan diambil sehingga Datuk Presiden KTMB ditamatkan perkhidmatan. RUM sekali dah istihar "PERANG" akan perang abis-abisan, demi warga KTMB dan KTMB. UNDUR ATAU … Read More
  • PIKET/DEMONTRASI SECARA AMAN Maka pengumuman melalui Business Plan 11 (akhir) telah dibuat: PIKET/DEMONTRASI SECARA AMAN PADA : 9 MEI 2014 JAM : 4.30 - 7.00 PETANG LOKASI : DIPERKARANGAN IBU PEJABAT KTMB, JALAN HISHAMUDDIN, KUALA LUMPUR. (Rujuk Bu… Read More