31 Mac 2014

Pekeliling 21: KONKLUSI

Kenapa ini semua berlaku? punca pada berlakunya perkara sebegini adalah kegagalan menyelami masalah yang ada, kegagalan penguatkuasaan, kegagalan melihat asas, kegagalan mengetahui persekitaran dalaman dan luaran.

Bila kegagalan ini tidak dikenal pasti dari semua sudut, maka akan wujud kepincangan mengurus sehingga terjerumus kepada pengeluaran pekeliling yang kononnya satu penguatkuasaan telah dilakukan demi memastikan kesempurnaan pematuhan dan keselamatan.

Bila dilihat aspek ini lebih menjerumuskan kepada koc sahaja, tidak kepada lokomotif, wagon, pgc, ets, komuter dan scs, seolah-olah masalah yang berlaku hanya kepada koc, sedangkan masalah yang berlaku ialah semua rolling stock.

Kalau kita analisis, masalah koc ianya bukanlah perkara baru, ianya masalah lama yang bertahun-tahun tidak diatasi, walaupun ada percubaan untuk diatasi tapi syarikat yang bernama Hartasuma Sdn Bhd yang mendapat projek melalui "langit" gagal "performe and deliver", maka puncak masalah terus berlaku dari segi pembaikan koc, ini satu lagi masalah, masalah syarikat turun dari "langit", semua nak projek, semua nak untung, tapi tak mampu "deliver", yang jadi mangsanya ialah KTMB! ("The best way is by tender, find quality must deliver, by track record, not turun from langit")


Antara masalah lain ialah masalah Jabatan Intercity / Jabatan Fleet/Jabatan Operasi. Jabatan Intercity perlukan lokomotif dan koc disebabkan keperluan memenuhi jadual tren apatah lagi bila tiket-tiket telah terjual, maka suka atau tidak suka pasti memerlukan lokomotif dan tren, walaupun tren berkenaan tidak menepati piawaian, ianya terpaksa dilarikan. Jabatan Intercity akan mengunakan kuasa desakan supaya Jabatan Fleet & Management sebagai pembekal suka atau tidak terpaksa menyerahkan lokomotif atau koc kepada Intercity untuk larian. Kelemahan Fleet & Maintenance ialah gagal menguatkuasakan aturan peraturan, mematuhi rawatan jadual dan melepaskan tren dengan keadaan terpaksa disebabkan desakan dari jabatan operasi dan intercity. Disinilah masalah yang wujud sekian lama atau semenjak zaman berzaman yang tidak pernah diatasi.

Jabatan Operasi / Intercity mengunakan kuasa tiket terjual, jabatan Fleet pula sentiasa mengalah! Tapi siapakah puncanya, puncanya ialah kegagalan pihak Presiden KTMB membantu Jabatan Fleet & Mantenace bagi memastikan keperluan Jabatan Fleet di penuhi, maka bila telah dipenuhi semua kehendak rolling stock maka jabatan operasi dan intercity tidak mempunyai masalah untuk melarikan tren mengikut jadual.

Berbalik kepada koc, sebenarnya pihak pengurusan telah pun mengeluarkan tender untuk membaikpulih koc sebanyak 70unit, perkara ini telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Oshen Induk pada bulan November 2013, bermaksud ada usaha untuk membaikpulih koc walaupun agak perlahan, tapi sehingga hari ini tiada perkhabaran langsung samada ianya telah diawardkan atau tidak, jawapannya pergerakan yang dilakukan dalam urus tadbir oleh Datuk Presiden KTMB masih bergerak secara perlahan, bila bergerak perlahan, nak salahkan warga KTMB, keluar pekeliling, gagal mematuhi pekeliling iaitu ambil tindakan tatatertib sehingga buang kerja. (siapa salah sebenarnya?)

Patutkah bila pergerakan secara perlahan kita mengeluarkan pekeliling? Lawak bukan...

Pekerja Fleet jadi mangsa kepada tuduhan pemandu Lokomotif kononnya pekerja Fleet tidak bekerja dengan betul, pekerja Fleet menuduh pemandu Lokomotif membawa Lokomotif tidak betul, sebenarnya kedua kumpulan pekerja ini salah faham kerana tidak sedar situasi sebenar, bila tidak faham maka jadilah masalah kepada golongan pekerja.

Antara sebab mengapa RUM membangkitkan isu, kadang-kadang seolah-olah mencampuri urusan pengurusan, adalah kerana disebabkan masalah urus tadbir, maka pekerja bertelagah sesama sendiri, pekerja bekerja dalam keadaan dilema, pekerja tertekan.

Begitu juga dengan kargo, masalah yang sama juga berlaku, jadi bagaimana kita perlu mencari penyelesaian, penyelesaian cukup banyak, cuma jangan fokuskan operasi dulu, fokuskan rolling stock, kerana mereka pembekal, operasi adalah user... User akan bergerak dengan lancar sekiranya pembekal mampu deliver mengikut jadual.

Kalaulah Datuk Presiden, mengenalpasti masalah ini seawal kemasukan beliau, masalah ini boleh diatasi, kalau dilihat pula surat-surat RUM, maka teguran telah banyak dibuat, malah setiap perjumpaan RUM sentiasa membangkitkan setiap isu atau idea untuk memperbetulkan KTMB, tapi sayang, ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, maka hasilnya hari ini iaitu menjelang 2 tahun pemerintahan Datuk Presiden KTMB ialah "KEGAGALAN"!

Sebenarnya terlalu banyak boleh ditulis, cukup setakat ini sahaja.. nanti dikatakan mengajar pulak, ialah kita semua warga RUM, adalah kalangan sekolah rendah, sapa nak percayakan....

Jadi RUM kemukakan cadangan iaitu cara penyelesaian paling tepat untuk mengatasi masalah ini ialah :-

TAMATKAN PERKHIDMATAN PRESIDEN KTMB.

9 MEI 2014
KITA TURUN RAMAI-RAMAI
SELAMATKAN KTMB

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB