27 Mac 2014

CADANGAN RUM UNIVERSITI PERKERETAPIAN

Pusat Pentadbiran dan Latihan KTMB di Batu Gajah
Asalamualaikum Dato Pengerusi

(komen Rum dalam share Dato Pengerusi ke wall Rum lawatan ke MYRA)

Dah Dato datang ke MYRA, bagi pihak RUM suka dicadangkan supaya MYRA ditingkatkan pembelajarannya ke taraf Universiti.

Kita menyedari bahawa kalau dilihat institusi pengajian tinggi di negara ini tidak terdapat pembelajaran khusus mengenai perkeretapian, maka kewujudan universiti keretapi adalah sangat bertepatan dalam situasi memperkasakan perkeretapian di negara ini.

Kita juga menyedari bahawa sistem keretapi di negara ini bertambah pesat dengan kewujudan tren-tren seperti putra, star, erl dan terbaru mrt.


Malah peluang pembelajaran ini juga boleh terbuka kepada semua perkeretapian di peringkat negara Asean.

Justeru itu mungkin Dato boleh membuka langkah untuk memajukan MYRA sebagai Universiti Keretapi Malaysia atau dalam bahasa Inggerisnya Railway Universiti of Malaysia (hehehehe...... dgn nama singkatannya RUM)

Kami berkeyakinan Dato mampu mencorakkan pembaharuan ini dengan menjadikan MYRA sebagai sebuah pusat pengajian tinggi keretapi yang pertama di Asean.

Kami akan memberi sokongan sepenuhnya agar ia menjadi kenyataan satu hari nanti.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • LANGKAWI (CATATAN MALAM)Sebenarnya aku suka sekali ke langkawi, tempat yang paling sesuai untuk beristirehat bersama keluarga, bersyukur aku sempat membawa Arwah Ibu ku ke Langkawi, kami menginap di Sandy Beach Resort, chalet yang mengadap laut... P… Read More
  • APA DAH JADI DENGAN FLEET n MAINTENANCE? PART 2 RUM memang tidak berniat nak menulis, atas desakan rakan-rakan ahli RUM, selepas maklumat TENKO yang disampaikan kepada RUM, maka RUM mengambil perhatian SERIUS demi menyelamatkan BENGKEL BATU GAJAH. Melalui kenyataan RUM yan… Read More
  • PENAMATAN PERKHIDMATAN (DEMONTRASI) KONGSI PENGETAHUAN DENGAN AHLI-AHLI RUM. (BEZA BUKAN AHLI DAN AHLI KESATUAN SEKERJA)Saya terbaca dalam wall mengenai surat penamatan yang dikeluarkan kepada seorang pekerja. Berdasarkan kefahaman saya melalui surat yang dipaparkan tertuduh yang disabitkan kesalahan sehingga "penamatan perkhidmatan" disebabka… Read More
  • TAHNIAH YB DATO IR NAWAWI AHMADRUM merakamkan ucapan TAHNIAH atas penyambungan kontrak YB Dato Ir Nawawi Ahmad selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB. Penyambungan kontrak ini membuktikan bahawa YB Dato Ir Nawawi Ahmad telah menjalankan tugas dengan penuh … Read More
  • FAEDAH HOSPITALPegawai RUM telah menunjukkan satu kenyataan dari bukan ahli yang dipaparkan dalam facebook yang mengatakan bahawa faedah pakar tiada dalam CA. Perlu dijelaskan dalam CA. Artikel 50 telah menjelaskan, sebelum buat sebarang ke… Read More