JUST SHARE
YANG DICOPY PASTE DIHANTAR MELALUI WHATSAPP.
Asalamualaikum.
Perdana Menteri Malaysia
Timb. Perdana Menteri
Menteri Pertahanan
Menteri Sumber Manusia
Jemaah Menteri Menteri Kabinet
Apakah Salah dan Dosa Rakyat Batu Arang terutama sekali kakitangangan SME ORDNANCE SDN BHD ya Allah dah 20.3.18 sedihnya gaji bulan Februari belum Di bayar .
Sabagai saorang Rakyat Batu Arang yang perihatin dan bekas kakitangan Syarikat ini (1972-2009) sungguh sedih melihat keadaan ini. Saya tidak mahu tuduh sesiapa tapi siapa nak jaga kebajikan pekerja pekerja ini.
Kepada pemimpin pemimpin parti politik inilah masanya untuk membuktikan bahawa pemimpin memang perihatin tentang Rakyat.
Harap ma'alum Kakitangan Syarikat ini adalah yang terbaik dan perihatin terhadap kemajuan Syarikat.Kebanyakan pekerja pekerja ini adalah penduduk penduduk Batu Arang ,Tasik Puteri,Kota Puteri,Ijok,Bukit Badung,Jaya Setia,Rawang dan Bandar Bandar berdekatan.
Siapa perlu Di pertanggongjawabkan sudah tentu Majikan.Pemimpin pemimpin tempatan lansung tak ambil berat tentang masalah masalah mereka.
Diantara masalah yang Di hadapi olih pekerja pekerja:
1.Kebelakangan ini gaji selalu lambat kadang kadang melebehi 7hb yang ditetapkan olih undang undang buruh.Yang paling terbaru gaji bulan Februari belum Di bayar hingga hari ini sudah pun 21.3.18.
2.Potongan KWSP Kadang berbulan tak Di carumkan.
3.Potongan PERKESO pun sama
4.Potongan Tabung Haji pun sama
5.Lain lain potongan termasok Potongan LHDN, ZAKAT pun sama agaknya.
Pekerja pekerja yang telah mengambil pinjaman dari bank lagi bermasalah sebab bayaran lambat Di kenakan denda lagi.
Apa nak jadi ? Dulu Syarikat ini Kerajaan ada kepentingan ia itu kerajaan ada memegang saham tetapi sejak Di swastakan tak faham Apa sudah jadi.
Sekali lagi Saya tidak mahu salahkan sesiapa hanya ingin tahu siapa yang bertanggongjawab dalam masalah ini .
Akhir sekali Saya memohon jasa baik Kerajaan Malaysia terutama sekali Kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar dapat membantu pekerja pekerja ini.
Cadangan Cadangan dari Saya adalah:
1.Satu siasatan perlu Di adakan secara terperinci atas masalah ini olih agensi agensi dan institute institute kerajaan segera.
2.Saya yakin jika DSNR bolih selamatkan PROTON MAS tidak mustahil untuk DS menyelamatkan SME ORDNANCE SDN BHD.BATU ARANG.Hanya DS sahaja yang bolih bantu.Tolonglah DS.
Kerajaan perlu ambil alih Syarikat ini dengan rakan kongsi yang Kommited Jujur Dan Telus.
3.Industri ini adalah satu reputasi penting negara .Hanya satu satunya industri pertahanan yang mengeluaran produk produk pertahanan untuk Angkatan Tentera Polis dan lain lain badan badan kerajaan.
"SME ORDNANCE SDN BHD IS THE ONLY DEFENCE INDUSTRY IN THE COUNTRY AND IS OF NATIONAL INTEREST"
Saya sungguh simpati dengan pekerja pekerja ini ada yang sudah Di panggil olih bank bank untuk tuntut bayaran pinjaman.Mengikut slip gaji gaji Di potongan tetapi tidak Di salurkan pada bank.Sampaikan pihak peguam pun sudah mula memangil.
Pekerja pekerja ini ada yang suami isteri kerja Di sini. Mereka terpaksa sewa
rumah.Rumah syarikat yang sedia ada telah pun dirobohkan dan ini menyulitkan untuk mereka mencari rumah sewa.
Keadaan ini sudah agak lama hanya pekerja pekerja ini tidak dapat mengambil tindakan sebab tiada tempat lain berkerja yang berdekatan.
Saya pernah berkerja Di SME dari tahun 1972-2009.Sapanjang Saya berkhidmat tiada masalah begini.
1.Gaji tiap 25hb
2.Bunus tahunan
3.Kerja banyak kontrek dengan MINDEF PDRM dan lain lain.
4.Semua jenis produk pertahanan Small Arms, Pyro Technics,Medium Calibre, Large Caliber, Rifle Styer, Light Aircraft MD3, Metal Boxes,Carpentary Depatment,EPD Plastics dan lain lain.
5.I have observed the company growing from one single small arms production line to multiple production lines and with the creation of a few subsidiaries.
6.The company was officially opened by the 2nd Prime Minister of Malaysia the late Tun Abdul Razak.The Large Caliber Plant was officiated by our beloved PM Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
7.Lastly I strongly request that the government should step in to help this company
8.The economy of Batu Arang depends on SMEO.
Sekali lagi memohon jasa baik Kerajaan Malaysia dan Pemimpin Pemimpin Negara untuk memberi perhatian yang Ikhlas Telus dan Memberi harapan pada Rakyat Batu Arang khususnya Kakitangan SMEO.
Yang benar
Riyiamal Ali Nordin
Bekas Pekerja SMEO SDN.BHD.(1973-2009)
Bekas Pengerusi NUPCIW Cawangan SMEO
Bekas Timb Setiausaha Agong NUPCIW
23 Mac 2018
Home »
» SOLIDARITY
SOLIDARITY
Jumaat, Mac 23, 2018
Related Posts:
MASALAH & RUNGUTAN Ahli-ahli yang ada masalah maupun rungutan atau ingin khidmat nasihat atau ingin mengemukakan pertanyaan boleh terus inbox Suara RUM atau telefon ibu pejabat RUM no 0322741107 atau Pemangku Setiausaha Agung RUM Sdr R.Subra… Read More
6000 DI BUANG KERJA Hari ini hari dia.. Esuk mungkin hari kita.. Hari ini kita tolong dia... Esuk dia tolong kita.. Hari ini kita rasa selesa.. Kita tak perlu fikir mereka.. Bila kena batang hidung kita.. Baru kita rasa dukacita mereka.. Jom … Read More
DASAR Semua proses melibatkan dasar, selaras dengan Perjanjian Bersama akan dibetulkan kembali secara berperingkat. Maksudnya semua perkara yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama yang telah dilaksanakan oleh Mantan Presi… Read More
'Henti buang pekerja atau kami henti buat kerja'Krew darat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan berhenti melakukan kerja masing-masing sekiranya MAS tidak menarik balik semua surat penamatan perkhidmatan dalam tempoh 48 jam, kata Kesatuan kebangsaan Atendan Penerbangan… Read More
TINJAUAN PELARASAN GAJI CA 8 Alhamdulillah Ahli Jawatankuasa Kerja telah pun menyiapkan draf Perjanjian Bersama peringkat awal yang akan dibentangkan di Bengkel CA yang akan diadakan dalam bulan Ogos 2015. Bagi berkongsi pandangan, maka RUM ingin p… Read More